Skip to main content

Hiburan

'Pop-up' Kpop Demon Hunters mendarat di SG Disember ini

Anggaran Waktu Membaca:
'Pop-up' Kpop Demon Hunters mendarat di SG Disember ini
KPop Demon Hunters. (Gambar: Netflix)
Diterbitkan : 11 Nov 2025 05:32PM Dikemas Kini : 11 Nov 2025 05:33PM
SINGAPURA: Peminat Kpop Demon Hunters, jangan kata kami tidak 'payung'!

'Pop-up' imersif Kpop Demon Hunters dijangka akan berada di Singapura dari 22 Disember hingga 11 Januari.

Jelajah 'pop-up' itu akan bermula di Seoul pada 4 Disember sebelum menuju ke Singapura, Bangkok, dan Tokyo, dan berakhir di Taipei.

Walaupun lokasi dan butiran tiket belum diumumkan, anda boleh menjangkakan suasana meriah yang diselubungi rona merah jambu dan ungu, yang sinonim dengan Huntr/x serta Saja Boys.

Acara itu diuar-uarkan akan menampilkan pemasangan gergasi, barangan cenderamata, dan banyak ruang untuk bergambar.

Peminat juga boleh menjangkakan untuk menyelesaikan misi dengan menumpaskan watak-watak jahat bersama Rumi, Mira, dan Zoey; menyaksikan persembahan Saja Boys; "berjalan" di atas bumbung hanok (rumah tradisional Korea), dan mungkin membawa pulang Derpy.

Maklumat lanjut dijangka didedahkan selepas pelancarannya di Seoul.

Sementara itu, lungsuri laman rasmi peminat Kpop Demon Hunters dan Instagram b.stage bagi sebarang kemas kini.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita