Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Polis tahan suspek serang bintang Bollywood Saif Ali Khan

Menyusuli pemburuan selama tiga hari, polis India telah memberkas seorang lelaki berusia 30 tahun, disyaki suspek yang menikam bintang terkenal Bollywood, Saif Ali Khan di Mumbai.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tahan suspek serang bintang Bollywood Saif Ali Khan
Diterbitkan : 20 Jan 2025 11:38AM Dikemas Kini : 20 Jan 2025 11:39AM
NEW DELHI: Menyusuli pemburuan selama tiga hari, polis India telah memberkas seorang lelaki berusia 30 tahun, disyaki suspek yang menikam bintang terkenal Bollywood, Saif Ali Khan di Mumbai.

Suspek yang merupakan warga Bangladesh, ditahan di bandar Thane yang menyempadani Mumbai pada Ahad (19 Jan).

Menurut polis, suspek memasuki India secara haram dan menukar namanya kepada nama penduduk tempatan.

Suspek didakwa menyerang Khan menggunakan pisau selepas menceroboh masuk ke dalam kediamannya di Bandra pada Khamis (16 Jan).

Khan mengalami beberapa luka tikaman termasuk berhampiran tulang belakangnya.

Seorang kakitangan wanita di rumahnya turut cedera dalam serangan itu.

Khan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih selepas menjalain pembedahan.

Sementara itu, mahkamah tempatan mengarahkan suspek direman selama lima hari.

Polis memaklumkan kepada pihak mahkamah siasatan lanjut perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti motif serangan.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan