Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Polis Melaka nafi sudah keluarkan kompaun terhadap Awie

Polis Melaka menafikan bahawa pihaknya sudah mengeluarkan kompaun terhadap penyanyi dan pelakon, Awie.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Melaka nafi sudah keluarkan kompaun terhadap Awie

Petikan video.

Diterbitkan : 11 May 2021 12:04PM Dikemas Kini : 11 May 2021 12:08PM

MELAKA: Polis Melaka menafikan bahawa pihaknya sudah mengeluarkan kompaun terhadap penyanyi dan pelakon, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), dalam satu majlis di sebuah hotel di Melaka yang tular baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Razali Abu Samah, berkata setakat ini pihaknya hanya mengambil keterangan dan tiada sebarang kompaun sudah dikeluarkan seperti didakwa.

Hanya beberapa individu daripada persatuan beca yang terlibat dalam program itu masih belum dipanggil, dan ia akan dilakukan secepat mungkin bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut, lapor Astro Awani.

"Kita belum tuduh beliau lagi (Awie) kerana siasatan belum selesai. Tindakan dan arahan dari Timbalan Pendakwa Raya pun belum kita perolehi, jadi macam mana bayaran saman itu dibayar?" katanya pada sidang media berkaitan perkembangan COVID-19 di Melaka semalam (10 Mei).

“Yang saya diberitahu bahawa statement Datuk Awie telah kita ambil dan penganjur di pihak hotel pun telah kita ambil, cuma beberapa orang daripada persatuan beca yang terlibat dalam program itu masih belum dipanggil.

“Selesai nanti kita akan hantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk (tindakan) selanjutnya,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang pada Isnin, seperti yang dipetik Astro Awani.

Sebelum ini, sebuah video sepanjang 42 saat memaparkan Awie bersama beberapa individu sedang menyanyi di majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Melaka tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup tular di media sosial. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan