Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Polis Evo 3 terus pecah panggung, kutip RM50 juta

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Filem Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM50 juta (S$14.4 juta) dikutip setelah lebih tiga minggu ditayangkan.

Angka terbaru itu menjadikan filem arahan Syafiq Yusof, terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu, sebagai filem yang merekodkan kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia, lapor Astro Awani.

Lebih menarik, kutipan itu juga sekali gus mengetepikan francais besar antarabangsa yang pernah mendominasi kutipan tertinggi di pawagam Malaysia.

Filem itu menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Polis Evo yang ditayangkan pada 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta (S$5.2 juta) dan Polis Evo 2 pada 2018 memungut RM23 juta (S$6.6 juta).
 

Sumber : AGENCIES/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan