Polis Evo 3 berjaya kutip RM54 juta selepas hampir 2 bulan ditayang
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/Shaheizy Sam)
KUALA LUMPUR: Filem aksi komedi Polis Evo 3 berjaya mengaut RM54 juta (S$15.7 juta) selepas hampir dua bulan ditayangkan di seluruh Malaysia.
Naskhah yang mengangkat kisah kepolisian itu masih menduduki tangga nombor satu filem terlaris 2023, menurut Gempak.
Menyusuli kejayaan Polis Evo 3, filem lakonan mantap Zizan Razak, Shahiezy Sam dan Sharnaaz Ahmad itu diabadikan di atas kanvas konkrit sebagai seni mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Mural itu juga menyaksikan gabungan elemen desa dan bandar sebagai latar Inspektor Khai dan Inspektor Sani dihiasi dengan cogan kata Polis Evo 3, ‘Kita Lagi Kuat Boh’.
Dalam nukilan laporan Gempak, mural setinggi 1000 kaki persegi itu merupakan hasil lakaran Abdul Rashade Studio.
Mural itu turut mendapat sokongan daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengalu-alukan usaha itu dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej Bandaraya Kuala Lumpur.
Polis Evo 3 mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.
Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Filem arahan Syafiq Yusof itu menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.