Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Pokemon Parade' di Jewel Lapangan Terbang Changi bulan ini

Anda ada rancangan untuk berkunjung ke Jewel Lapangan Terbang Changi pada hujung minggu? Jangan lupa siapkan kamera telefon kerana anda mungkin terserempak dengan Pikachu dan rakan-rakannya berdansa sekeliling HSBC Rain Vortex dan Shiseido Forest Valley.

Anggaran Waktu Membaca:
'Pokemon Parade' di Jewel Lapangan Terbang Changi bulan ini

(Gambar: Jewel Changi Airport Development)

Diterbitkan : 02 Jul 2019 10:53AM Dikemas Kini : 02 Jul 2019 10:57AM

SINGAPURA: Anda ada rancangan untuk berkunjung ke Jewel Lapangan Terbang Changi pada hujung minggu? Jangan lupa siapkan kamera telefon kerana anda mungkin terserempak dengan Pikachu dan rakan-rakannya berdansa sekeliling HSBC Rain Vortex dan Shiseido Forest Valley.

Pada Julai ini, pusat beli-belah itu akan menganjurkan Pokemon Parade yang pertamanya pada setiap Sabtu dan Ahad.

Persembahan 30 minit akan diadakan pada setiap 2.00 petang dan 6.00 petang.

Lapan Pikachu, seekor Eevee dan Mimikyu akan mula bergerak dari koridor bahagian barat Shiseido Forest Valley di aras satu.

Jika anda tidak kenal watak-watak Pokemon itu, tidak mengapa. Pertunjukan ini pasti akan menghiburkan anak-anak anda.

Watak-watak itu akan bergerak ke North Canyon untuk membuat persembahan tarian selama empat minit. Para pengunjung juga berpeluang untuk berinteraksi dengan Pokemon yang comel itu sebelum mereka bergerak ke koridor runcit di tingkat satu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan