PM Anwar hulur sumbangan kepada Mak Jah bagi ringankan beban tangani masalah kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada artis veteran, Maimunah Ahmad atau Mak Jah yang kini berdepan dengan masalah kesihatan.
Menerusi catatan dalam laman sosialnya, pada Rabu (29 Nov), Encik Anwar memaklumkan, penyerahan sumbangan disempurnakan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.
"Setiausaha Politik saya, Ahmad Farhan Fauzi menziarahi pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau Mak Jah di Cheras, Kuala Lumpur.
"Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia perfileman.

"Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan Mak Jah," tulis Encik Anwar, dipetik daripada BH Online.
Menerusi hantaran sama, Encik Anwar turut mendoakan dramatis yang terkenal dengan watak antagonis itu supaya terus dikurniakan kesihatan yang baik.
"Saya mendoakan Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT," tulisnya, lapor BH Online.
Pada 2016, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menghidap kanser rahim tahap pertama sebelum disahkan bebas daripada penyakit itu pada April 2019.
Dalam proses rawatan kanser, Mak Jah dilaporkan tidak aktif dalam dunia lakonan selama empat tahun, menurut BH Online.
Pelakon veteran yang berstatus ibu tunggal dengan tiga cahaya mata itu mula berlakon secara serius melalui drama Sri Panggung terbitan Serangkai Filem pada 1987.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.