Skip to main content

Hiburan

PM Anwar hulur sumbangan kepada Jalil Hamid

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar hulur sumbangan kepada Jalil Hamid

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan dan keselamatan kepada seniman veteran, Jalil Hamid yang sedang diuji dengan masalah kesihatan jantung.

Menerusi catatan di Facebooknya, Encik Anwar memaklumkan bahawa Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi dan memberikan sedikit sumbangan kepada pelantun lagu "Ayam" itu pada Jumaat (26 Jan).

“Alhamdulillah, semalam Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan melakukan ziarah ke atas seniman Jalil Hamid serta memberikan sedikit sumbangan kepada beliau.

“Saya mendoakan saudara Jalil dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” katanya.

Jalil atau nama sebenarnya Abdul Jalil Abdul Hamid, 67 tahun, disahkan mengalami masalah jantung selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang pada Mac tahun lalu.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita