Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Platform penstriman Max dilancarkan di SG pada 19 Nov

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Discovery mengumumkan pada Selasa (15 Okt), bahawa ia akan melancarkan khidmat penstriman popularnya Max di beberapa wilayah, termasuk Singapura, pada 19 November.

Max akan menawarkan berbilang kandungan di bawah Warner Bros. Discovery termasuk Friends, francais Harry Potter, DC Universe, Cartoon Network dan banyak lagi.

Pertama kali dilancarkan sebagai HBO Max di Amerika Syarikat pada tahun 2020, Max menjadi salah satu platform penstriman yang lebih popular di seluruh dunia.

Berikut antara tawaran yang boleh dijangkakan daripada Max.

HBO ORIGINALS

Anda akan dapat menonton rancangan HBO Originals seperti Dune: Prophecy dan tayangan susulan daripada francais Games Of Thrones termasuk House Of The Dragon dan A Knight Of The Seven Kingdoms yang akan datang.

Peminat Pedro Pascal dan ahli Blackpink Lisa akan gembira mengetahui bahawa Max juga akan menyiarkan musim baharu The Last Of Us dan The White Lotus.

FILEM PECAH PANGGUNG HOLLYWOOD

Francais kegemaran anda seperti Harry Potter, The Conjuring, DC Universe akan ditawarkan di Max. Anda juga boleh menonton hits yang lebih baharu termasuk Wonka, Godzilla X Kong: The New Empire, Barbie dan Beetlejuice Beetlejuice.

CARTOON NETWORK

Imbas kembali gelombang nostalgia menerusi rancangan daripada Cartoon Network termasuk Tom And Jerry, Looney Tunes, Adventure Time dan We Bare Bears.

PENGATURCARAAN TANPA SKRIP

Pelanggan Max juga akan mendapat akses kepada rancangan TV realiti daripada Discovery, TLC, Food Network dan banyak lagi, termasuk Deadliest Catch, Ghost Adventures dan Property Brothers.

PELAN MAX

Max akan menawarkan dua pelan: Standard dan Ultimate. Yang pertama membolehkan anda strim pada dua peranti serentak pada resolusi HD Penuh. Yang kedua membolehkan anda strim pada empat peranti serentak pada 4K UHD dengan Dolby Atmos.

Pengguna HBO GO sedia ada akan menjadi pengguna Max secara automatik pada 19 November. Butiran lanjut, termasuk harga, akan diumumkan kemudian.

Dalam satu kenyataan, James Gibbons, presiden APAC di Warner Bros. Discovery berkata: “Warner Bros. Discovery sudah lama menghiburkan peminat di seluruh Asia Pasifik dengan kandungan penentu budaya daripada jenama besar. Buat pertama kalinya, pengaturcaraan ini akan disediakan dalam aplikasi penstriman serba baharu untuk khalayak serantau, dengan Max menggabungkan keluasan dan kedalaman yang luar biasa serta pengalaman menonton terbaik."
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan