Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Phantom of the Opera' akan dipentaskan buat kali terakhir Feb depan

Anggaran Waktu Membaca:
'Phantom of the Opera' akan dipentaskan buat kali terakhir Feb depan

(Gambar: Angela Weiss/AFP)

Diterbitkan : 18 Sep 2022 10:34PM Dikemas Kini : 18 Sep 2022 10:35PM

REUTERS: Muzikal 'The Phantom of the Opera', iaitu pementasan yang paling lama dipersembahkan di Broadway, akan melabuhkan tirainya buat kali terakhir pada 18 Februari 2023. 

Ini disebabkan oleh kemerosotan yang mendadak pada penjualan tiket walaupun selepas teater di New York sudah dibuka semula setelah perintah berkurung ditarik balik. 

Muzikal itu adalah pementasan utama dalam dunia Broadway, dengan lebih 70 teater utama mementaskannya dan 13,733 persembahan dipentaskan sejak ditampilkan buat pertama kali pada 1988. 

Walaupun terkenal, muzikal itu dipercayai mengalami kerugian AS$1 juta (S$1.4 juta) setiap bulan, menurut laporan New York Post. 

Para peminat meluahkan rasa sedih di media sosial, mencerminkan betapa penting muzikal itu kepada barisan pelakon dan para penonton. Pada Januari, pelakon Emilie Kouatchou menjadi pelakon wanita kulit hitam pertama untuk memegang watak Christine. 

Keputusan itu berjaya memecahkan stereotaip dan  mencipta sejarah Broadway.

Malangnya, persembahannya tidak dapat bertahan lama,

Muzikal berkenaan akan menyambut ulang tahunnya yang ke-35 pada Januari tahun depan yang kemudian akan disusuli dengan persembahan Broadway yang terakhir pada 18 Februari 2023. 

'The Phantom of the Opera' terbitan Andrew Lloyd Webber adalah berdasarkan novel klasik Gaston Leroux dan pada awalnya diarahkan oleh Harold Prince. 

Legenda Broadway termasuk Michael Crawford, pelakon pertama untuk memainkan watak Phantom, Sarah Brightman, Judy Kaye dan lain-lain lagi yang pernah memainkan watak utama dalam muzikal tersebut. 

Muzikal itu menceritakan kisah Christine Daae yang ingin menjadi seorang penyanyi opera pada abad ke-19 dan dilatih oleh Phantom untuk mengasah bakatnya. 

Namun, semuanya berubah apabila Phantom memilih Christine sebagai ilhamnya dan Christine pula jatuh cinta dengan seorang dermawan, Raoul. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa