Skip to main content

Hiburan

Pesta Perdana 2025: Husin Saaban terima Anugerah Perdana Emas, Norman Ishak & Operandi Gerhana menang besar

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta Perdana 2025: Husin Saaban terima Anugerah Perdana Emas, Norman Ishak & Operandi Gerhana menang besar

Encik Husin Saaban menerima Anugerah Perdana Emas daripada Presiden Tharman Shanmugaratnam. (Petikan skrin)

SINGAPURA: Pelawak veteran Husin Saaban dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Emas di Pesta Perdana tahun ini.

Anugerah berprestij itu merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada individu yang telah memberi sumbangan besar kepada industri hiburan Melayu tempatan.

"Pesanan ikhlas dari saya, umur tidak menghalang kita dari berkarya. Berkaryalah dengan ikhlas, jujur dan amanah dan akhir kata,doakan umur saya panjang dan saya masih diperlukan, Insya-Allah saya akan berkarya untuk masyarakat," kata Encik Husin, 72 tahun.

Pesta Perdana ke-18 juga menyaksikan pelakon Norman Ishak menang besar dengan tiga anugerah.

Beliau merangkul anugerah dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Bersiri), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Telefilem / Antologi) dan Personaliti Lelaki Paling Popular.

Wahyu Rahman pula memenangi Anugerah Personaliti Wanita Paling Popular setelah meraih undian tertinggi daripada para peminat.

Bagi drama pula, ‘Operandi Gerhana’ terbitan Infinite Studios berjaya merangkul tiga anugerah.

Selain kategori Drama Terbaik, drama bersiri itu juga melahirkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama Bersiri) yang dimenangi oleh Jamie Aditya dan Pelakon Wanita Terbaik (Drama Bersiri) oleh Carmen Soo.

Berikut adalah senarai pemenang Pesta Perdana 2025i:

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Husin Saaban.

Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Bersiri): Norman Ishak untuk ‘Cerita Dia Macam Ni’ oleh By Apparatus

Pelakon Wanita Terbaik (Drama Bersiri): Carmen Soo untuk ‘Operandi Gerhana’ oleh Infinite Studios

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama Bersiri): Jamie Aditya untuk ‘Operandi Gerhana’ oleh Infinite Studios

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama Bersiri): Atyy Malek untuk ‘Mencari Marina’ oleh Poetry in Motion

Pelakon Lelaki Terbaik (Telefilem / Antologi): Al-Matin untuk ‘Belaian’ oleh Elements Pictures

Pelakon Wanita Terbaik (Telefilem / Antologi): Nurul Nabila untuk ‘Bisikan Syahdu’ oleh Poetry in Motion

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Telefilem / Antologi): Norman Ishak untuk ‘Bingit S5’ oleh Mediacorp Eaglevision

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Telefilem / Antologi): Sharon Ismail untuk ‘Mencari Hajar’ oleh Shortmen Production

Pelakon Terbaik dalam Watak Komedi: Najib Soiman untuk ‘Cerita Dia Macam Ni’ oleh By Apparatus

Artis Harapan Terbaik: Zhin Sadali untuk ‘Bingit S5’ oleh Mediacorp Eaglevision

Pengacara Terbaik (Hiburan): Hafidz Rahman untuk ‘Berani Nyanyi? S2’ oleh Oonik

Pengacara Terbaik (Informasi): Huda Ali untuk ‘Cantik Detektif S5’ oleh The Moving Visuals Co.

Bintang Cilik Terbaik: Mishall Kiara untuk ‘StigMa Lea’ oleh Shortmen Production

DJ Radio Terbaik: Mariam Mas’od untuk ‘Espresso Warna’ oleh Mediacorp WARNA 942

Drama Terbaik: Operandi Gerhana oleh Infinite Studios

Telefilem / Antologi Terbaik: Bisikan Syahdu oleh Poetry in Motion

Rancangan Hiburan Terbaik: Berani Nyanyi? S2 oleh Oonik

Rancangan Informasi Terbaik: Kembara Kasih S5 oleh Filmat36 (S) Pte Ltd

Rancangan Kanak-Kanak Terbaik: Makan Skuad oleh Oak3 Films

Rancangan Digital Terbaik: Unboxing Seni oleh Mediacorp Eaglevision

Rancangan Audio Terbaik: Real Talk Bersama Nity Baizura oleh Mediacorp RIA 897

Lagu Tema Terbaik: Setitis Harapan oleh Shortmen Production

Personaliti Lelaki Paling Popular: Norman Ishak

Personaliti Wanita Paling Popular: Wahyu Rahman

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita