Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pesta Perdana 2021: Rosita Hussin dinobat pelakon wanita terbaik

Artis tempatan Rosita Hussin mendapat pengiktirafan besar sebagai pelakon wanita terbaik di Pesta Perdana 2021 pada Jumaat (5 Mac) malam, setelah membawa pulang trofi bagi kedua-dua kategori yang dicalonkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta Perdana 2021: Rosita Hussin dinobat pelakon wanita terbaik

Pelakon Rosita Hussin (Gambar: Mediacorp Suria)

SINGAPURA: Artis tempatan Rosita Husin mendapat pengiktirafan besar sebagai pelakon wanita terbaik di Pesta Perdana 2021 pada Jumaat (5 Mac) malam, setelah membawa pulang trofi bagi kedua-dua kategori yang dicalonkan.

Rosita dinobat Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama bagi Drama Khas/Antologi, serta Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama bagi Drama Bersiri.

Dua kemenangan itu masing-masing adalah bagi lakonan beliau dalam drama Khas 'Mamaku, Bibikku' terbitan Poetry in Motion dan Tekan Minyak Siri 2 terbitan Millenia Motion Pictures.

Rosita sebelum ini pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu sebanyak tiga kali pada Pesta Perdana 2019, 2013 dan 2011.

Pelakon veteran Lim Kay Tong (Gambar: Mediacorp Suria)

Pelakon veteran Lim Kay Tong (Gambar: Mediacorp Suria)

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama bagi Drama Khas/Antologi diberi kepada pelakon veteran Lim Kay Tong bagi drama khas terbitan Papahan Films, Raksasa.

Drama tersebut juga membolot empat daripada enam kategori yang dicalonkan termasuk Skrip Terbaik Drama dan Drama Khas Terbaik. Satu kegenjotan berlaku apabila Raksasa diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Skrip Terbaik untuk rancangan hiburan. Netty Fiona Othman kemudian diumumkan sebagai pemenang sebenar bagi rancangan Suria Elektra 2020, manakala Raksasa menang kategori Skrip Terbaik bagi Drama.   

Sementara itu anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama bagi Drama Bersiri pula dibawa pulang oleh Sufian Ahmad bagi siri Bujang Hantar terbitan Director's Team.

NURUL AINI, NORMAN ISHAK PERSONALITI PALING POPULAR

Satu lagi kategori yang dinanti-nantikan dalam acara penganugerahan industri hiburan tempatan itu adalah Anugerah Personaliti Paling Popular.

Dipilih menerusi undian orang ramai, Nurul Aini dan Norman Ishak masing-masing membawa pulang gelaran Personaliti Wanita dan Lelaki Paling Popular tahun ini.

Tokoh penyiaran Suhaimi Jais pula dijulang sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pesta Perdana, iaitu Anugerah Perdana Emas.

Nama beliau cukup sinonim dengan dunia penerbitan hiburan Melayu di Singapura selama lebih 40 tahun.

Senarai penuh pencalonan dan penerima anugerah Pesta Perdana ke-16 boleh didapati di pautan ini.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan