Skip to main content

Hiburan

Pesta muzik Mediacorp Cloud 9 tampil persembahan dari artis antarabangsa, serantau

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta muzik Mediacorp Cloud 9 tampil persembahan dari artis antarabangsa, serantau

Pesta muzik Mediacorp Cloud 9 menampilkan beberapa artis termasuk Max. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 12 May 2026 01:36PM Dikemas Kini : 12 May 2026 01:37PM
SINGAPURA: Pesta muzik Cloud 9 Mediacorp berlangsung pada Sabtu (9 Mei) di Arena @ Expo, menampilkan barisan artis-artis antarabangsa dan serantau.

Acara selama lima jam itu berlangsung dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam dan turut menampilkan persembahan oleh kumpulan K-pop Fifty Fifty dan penyanyi dari Amerika Em Beihold, di mana kedua-duanya membuat persembahan di Singapura untuk pertama kalinya.
Related article image
Fifty Fifty di Mediacorp Cloud 9. (Gambar: Mediacorp)
Fifty Fifty, sebuah kumpulan vokal wanita Korea Selatan, yang terkenal melalui lagu hit 'Cupid', mula terkenal di seluruh dunia pada 2023.

Nama Beihold juga terkenal melalui lagu single 'Numb little Bug' yang diterbitkan pada 2022.
Related article image
Em Beihold adalah seorang penyanyi-penulis lirik dari Amerika yang terkenal melalui lagu 'Numb Little Bug'. (Gambar: Mediacorp)
Pesta itu juga menampilkan artis pop dari Amerika, Max, yang nama penuhnya adalah Max Schneider yang terkenal di YouTube dan melalui lagu-lagu seperti 'Lights Down Low' dan 'Love Me Less'.

Penyanyi rap dari Taiwan, Ozi yang mempunyai ramai peminat melalui lagu seperti "BO" dan "Ugly" turut memberikan persembahan pada malam itu.
Related article image
Dikenali melalui lagu seperti "Mimpi" dan "Lane Lain Line", K-Clique adalah sebuah kugiran hip-hop dari Malaysia dengan lapan anggota yang berasal dari Sabah, Malaysia. (Gambar: Mediacorp)
Dari rantau ini, kugiran hip-hop Malaysia, K-Clique mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuk 'Mimpi' dan 'Sah Tu Satu', manakala artis DJ Kiara mewakili persada muzik tempatan.
Related article image
Artis tempatan WhyLucas dan penyanyi Jepun kelahiran Amerika Rol3ert melakukan persembahan bersama di pesta muzik tersebut. (Gambar: Mediacorp)
Salah satu kolaborasi semasa acara itu melibatkan persembahan pop-Indie Jepun iaitu Rol3ert dan penyanyi, WhyLucas.
Related article image
Zon Pengalaman Cloud 9 merupakan lanjutan kepada acara muzik itu bagi para pengunjung. (Gambar: Mediacorp)
Acara itu juga menampilkan Zon Pengalaman Cloud 9 dengan pemasangan interaktif, termasuk stesen bergambar, dinding digital untuk meninggalkan mesej dan lukisan, dan landasan responsif cahaya.

Sorotan persembahan semasa acara itu akan disiarkan di mewatch dan saluran Mediacorp Entertainment di YouTube mulai 15 Mei.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita