Pesanan PU Riz untuk putera sulungnya, Muhammad Bilal

(Gambar: @neelofa/Instagram)
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan pelakon, Haris Ismail atau PU Riz, meluahkan rasa syukur dengan kehadiran putera sulungnya yang diberi nama Muhammad Bilal.
Menggelarkan dirinya sebagai ‘abah’, PU Riz menitipkan pesanan dan nukilan istimewa buat anaknya semoga menjadi anak yang soleh.
“Alhamdulillah, Allah SWT berikan nikmat. Anak ini adalah aset ke syurga, dengan syarat umi abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.
“Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak ada apa yang abah harapkan dari adik, kecuali adik menjadi anak yang soleh.
“Semoga Allah takdirkan anak abah ini dalam kalangan para solehin lebih baik dari abah, Insya-Allah,” katanya, seperti dilaporkan Gempak.
Suami kepada selebriti Neelofa itu berkongsi nukilan khas buat anaknya itu di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian yang sama, PU Riz berharap anaknya menjadi insan yang taat kepada perintah Allah serta berbuat baik kepada ibu bapa.
“Kasihani abah umi seperti mana abah umi kasih padamu. Reda Allah ada pada reda ibu bapa dan kemarahan Allah pada keduanya jua. Manakah amalan yang paling afdal? Kata Nabi solat pada awal waktu, solat pada waktunya.
“Kemudian apa? Berbuat baik kepada ibu abah. Alhamdullillah Allah hadirkan Insya-Allah aset ke syurga doa anak yang soleh tu yang dicari. Sehinggakan disebut oleh Nabi sebagai satu amalan yang tak putus. Semoga anak abah jadi orang yang baik Insya-Allah.
“Baru aku tahu macam mana umi abahku sayang padaku. Terima kasih Allah atas peluang ini. Dah jadi bapa pula sekarang. Cepat dunia berlalu,” katanya, seperti dinukil Gempak.
Pasangan ini menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.