Pertuduhan bunuh tanpa sengaja ke atas Alec Baldwin digugurkan; bukti baru dipetik
Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon veteran Alec Baldwin (Gambar: Angela Weiss/AFP)
LOS ANGELES: Pihak pendakwa pada Jumaat (21 Apr) secara rasmi menggugurkan pertuduhan membunuh tanpa sengaja yang dikenakan terhadap pelakon dan penerbit Hollywood, Alec Baldwin, menyusuli satu insiden tembakan yang menyebabkan kematian seorang ahli sinematografi filem pada 2021 di set penggambaran filem Barat Rust. Ia memetik beberapa bukti baru dan memerlukan lebih banyak masa untuk menyiasat.
Pendakwa raya khas Kari Morrissey dan Jason Lewis memfailkan notis tersebut untuk menggugurkan satu-satunya baki pendakwaan jenayah yang dikenakan terhadap Baldwin yang berusia 65 tahun itu, di Mahkamah Daerah negara di Santa Fe. Pihak pendakwa menyatakan bahawa siasatan terhadap insiden yang menembak mati Halyna Hutchins dan menyebabkan pengarah Joel Souza cedera, masih dijalankan.

Pertuduhan membunuh tanpa sengaja terhadap Hannah Gutierrez-Reed, penyelia senjata dalam filem tersebut, masih tidak berubah.
Pemfailan mahkamah pada Jumaat itu sekali gus menekankan kenyataan awal daripada pihak pendakwa raya bahawa fakta baru sudah didedahkan, yang menuntut agar siasatan lanjut dan analisis forensik dijalankan.

Sumber : AP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.