Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pertama kali sambut Ramadan tanpa ibu, Amy Search rindu memori lebaran

Redup hati Amy Search mengenangkan kepergian ibu tercinta, Allahyarham Fatimah Idris yang meninggal dunia pada 1 Ogos tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Redup hati Amy Search mengenangkan kepergian ibu tercinta, Allahyarham Fatimah Idris yang meninggal dunia pada 1 Ogos tahun lalu.

Tambahan pula, tahun ini merupakan tahun pertama Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman menyambut bulan Ramadan tanpa kehadiran syurga dunia dan akhiratnya.

"Sedih rasanya kerana tahun ini kami sambut Ramadan tanpa ibu. Kalau tidak, selalunya, saya akan pulang ke Johor sebelum bulan puasa untuk ziarah kubur ayah.

“Dan seminggu sebelum raya juga, saya sudah berada di kampung, untuk kemas rumah, pasang langsir, anyam ketupat dan beli barang-barang keperluan di pasar. Sebab saya yang akan siapkan bahan-bahan memasak untuk menu hari raya,” kata Amy, seperti dinukil Astro Gempak.

Kongsi Amy, sewaktu arwah ibunya sudah uzur dan tidak kuat, dia yang mengambil tanggungjawab penuh dalam tugasan memasak.

"Namun, ketika itu, arwah emak akan bantu bagaimana nak masak, menumis dan sebagainya.

"Begitupun, semuanya telah jadi kenangan. Memang terasa sangat Ramadan kali ini tanpa emak dan ayah. Sudah tiada lagi momen minta maaf pada pagi raya selepas ini bersama mereka," ujar Amy kepada Astro Gempak.

Melanjutkan bicara, Amy memberitahu yang dia tidak kerap mengadu tentang masalah yang dialami sepanjang hayat ibunya.

“Emak tahu kalau saya sedih atau gembira. Tapi saya tak pernah mengadu jika saya mengalami masalah. Moga emak saya ditempatkan dalam syurga firdaus dengan keredaan-Nya,” ujarnya lagi, seperti dinukil Astro Gempak.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan