Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Persatuan Penerbit Filem Malaysia rayu kerajaan benarkan kegiatan penggambaran

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) merayu kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dilaksanakan segera dengan prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian, terutama aktiviti penggambaran di luar studio dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan Penerbit Filem Malaysia rayu kerajaan benarkan kegiatan penggambaran

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Pansha. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 05 Feb 2021 02:41PM Dikemas Kini : 05 Feb 2021 02:43PM

KUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) merayu kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dilaksanakan segera dengan prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian, terutama aktiviti penggambaran di luar studio dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presidennya Pansha berkata sehingga kini, kerajaan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti penggambaran, sehingga menyebabkan semua syarikat penerbitan filem dan televisyen mengalami kerugian besar.

“Mereka terpaksa menanggung kos bulanan operasi atau penerbitan yang makin meningkat dan pembatalan aktiviti penggambaran. Malah, penggiat seni bebas seperti pengarah, pelakon, pekerja belakang tabir dan lain-lain juga perit untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Mereka tidak dapat bayaran kerana kerja tidak dapat dijalankan. Dana yang disediakan kerajaan untuk merancakkan industri seni ketika banyak syarikat tiada projek juga tidak dapat disempurnakan akibat aktiviti penggambaran tidak dibenarkan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini (5 Feb).

Encik Pansha berkata keadaan itu turut menjejaskan kontrak dan pembayaran antara syarikat penerbitan dan stesen televisyen kerana banyak program tidak dapat disiapkan.

Beliau berkata penerbitan kandungan kreatif juga adalah antara perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, justeru keseimbangan dalam mengatasi pandemik COVID-19 dan menjana ekonomi perlu sewajarnya dipertimbangkan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan