Skip to main content

Hiburan

Permainan Upin & Ipin bakal dilancarkan di PS4 dan Switch pada 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Permainan Upin & Ipin bakal dilancarkan di PS4 dan Switch pada 2025

(Gambar: Instagram/upinipinofficial)

SHAH ALAM: Peminat kartun Malaysia Upin & Ipin boleh bermain sebagai watak kanak-kanak comel itu tidak lama lagi dalam permainan konsol yang bakal dikeluarkan pada 2025.

Pada Isnin (10 Jun), pengarah urusan Les' Copaque Production (studio Upin & Ipin), Burhan Radzi, memuat naik gambar dan video permainan yang diuji pasukannya.

Berdasarkan video tersebut, permainan itu mempunyai konsep dunia terbuka yang membenarkan permain untuk meneroka persekitaran permainan tanpa sempadan.

Dalam satu catatan di Facebook, Encik Burhan menjelaskan bahawa pasukannya mengarahkan pembangun permainan berpangkalan di Las Vegas, Streamline Inc, untuk mencipta permainan tersebut.

Permainan tersebut akan disediakan untuk konsol PlayStation 4 Sony dan Nintendo Switch.

Encik Burhan menambah bahawa permainan itu, yang bakal dikeluarkan pada suku pertama 2025, tidak mempunyai "aksi ganas dan sesuai untuk semua peringkat umur".
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita