Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Perkara yang akan saya beritahu diri saya yang muda: Pelukis kartun Lat

Anggaran Waktu Membaca:
Perkara yang akan saya beritahu diri saya yang muda: Pelukis kartun Lat

(Gambar: Singapore Writers Festival, CNA/Mayo Martin)

SINGAPURA: Pelukis kartun Mohammad Nor Khalid, atau yang lebih dikenali sebagai Lat, mungkin sudah bersara, namun beliau tetap individu yang sibuk.

Perbualan antara Mediacorp dengan Lat dipenuhi dengan kenangannya tentang zaman mudanya, dari berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain disebabkan tugas ayahnya yang bekerja sebagai kerani tentera, kepada awal kerjayanya sebagai wartawan di Kuala Lumpur, di mana beliau berdepan masalah kewangan buat beberapa bulan.

Lat juga berkongsi bahawa beliau bara sahaja pulang dari melawat kem tentera di Mentakab, Pahang, selepas kira-kira 60 tahun. Itulah tempat pertama beliau pergi ke sekolah, dan di mana beliau belajar untuk menunggang basikal.

NASIHAT YANG INGIN LAT BERITAHU DIRINYA KETIKA MUDA

Lat, atau nama pendek bagi Bulat, akan ke Singapura pada hujung minggu ini untuk menyertai Pesta Penulis Singapura (SWF) sebagai penyampai utama, pada Sabtu (25 Nov).

"Jika saya memberitahu anda bahawa saya sepatutnya memberitahu diri saya untuk menabung, iaitu perkara yang saya tidak lakukan, ia seakan-akan memberi gambaran yang berbeza tentang diri saya," jelasnya.

Walau bagaimanapun, ketika topik dipilih beberapa hari kemudian, Lat berkongsi, "Satu perkara yang patut saya lakukan adalah mempelajari lebih daripada satu bahasa selain bahasa Inggeris dan Melayu", seperti bahasa Jepun, Mandarin dan Jerman.

"Saya fikir, saya sedang cuba untuk memberitahu generasi muda hari ini untuk belajar sebanyak mungkin bahasa lain kerana ia membantu kita."

Satu lagi perkara yang Lat akan memberitahu dirinya yang muda adalah untuk membuat lebih ramai kawan. Meskipun beliau mempunyai ramai kawan di Malaysia dan negara lain, di antara yang masih berhubung dengannya selepas beberapa dekad, Lat merasakan beliau melepaskan peluang untuk menjalinkan hubungan bermakna pada masa lalu.

Lat mengaku bahawa ketika berpindah ke Kuala Lumpur pada usia 19 tahun, beliau mempunyai "sejenis anggapan" terhadap penduduk bandar, kerana beliau merupakan orang kampung berasal dari Ipoh.

"Mereka cuba untuk mengenali saya dan saya seorang yang pemalu," katanya.

"Sifat malu itu tidak bagus. Jika saya temui mereka lagi, saya akan rasa malu. Kenapa saya menjauhkan diri? Saya bimbang orang Kuala Lumpur berbeza dan sombong, tetapi tidak, ia hanya anggapan saya sendiri."

CERITA UNTUK DIKONGSI


Lat masih mencari masa untuk melukis. Pada masa ini, beliau sedang menyiapkan buku baharu bertajuk Mat Som. Ia mengisahkan cerita tentang golongan muda di Kuala Lumpur pada zaman yang sama seperti Kampung Boy. Beliau sudah menyelesaikan lukisannya dan sekarang sedang membuat dialog dan kapsyen, yang seperti dikongsikannya, adalah agak sukar.

"Apabila saya menulis, saya ingin tulisan saya mempunyai makna kerana ia bukan perkara yang remeh."

Beliau juga mengaku ia mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan lukisannya. "Semakin anda berusia, lebih lama anda perlukan untuk menyelesaikan satu pekerjaan."

Meskipun demikian, Lat masih belum bersedia untuk berhenti melukis.

Adakah Lat mempunyai lebih banyak cerita untuk dikongsikan?

"Mungkin lebih banyak cerita pendek."

Lat adalah antara penyampai utama di Pesta Penulis Singapura. Beliau akan menyertai dua program pada Sabtu (25 Nov).

Lungsuri laman web SWF bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan