Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Perjalanan Iqbal Zulkefli di Big Stage 2022 terhenti setelah minggu ke-2

Anggaran Waktu Membaca:
Perjalanan Iqbal Zulkefli di Big Stage 2022 terhenti setelah minggu ke-2

(Gambar: @ahmadiqbalzulkefli/Instagram)

PUTRAJAYA: Perjalanan Iqbal Zulkefli di atas pentas Big Stage berakhir apabila dia diumumkan peserta yang tersingkir untuk minggu kedua.

Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan nyanyian asal Matta Band berada di kedudukan tiga terendah dengan markah 9.2 peratus, bersama Lia Aziz (46.8 peratus) dan Megat Rahim (45 peratus), lapor Astro AWANI. 

Sementara itu, Elica Paujin berjaya merampas kedudukan Aisyah Retno apabila menjadi peserta yang mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 84.6 peratus.

Sofia Marieylla pula membuat kejutan apabila berjaya menduduki tempat kedua berbanding di tangga keenam minggu lalu dengan markah 75.6 peratus diikuti oleh Aisyah Retno (75.2 peratus).

Untuk minggu kedua, para peserta membawakan lagu bertema Hypebeat dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Ajai dan Siti Nurhaliza serta ditemani tiga juri jemputan iaitu Vida (Presiden Netizen), Mas Idayu (Juri Pedas) dan Aina Abdul selaku juri juara.

Juara ‘Big Stage 2022’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 (S$32,120)berserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing pula akan memenangi RM50,000 (S$16,000) dan RM25,000 (S$8,000) berserta trofi, menurut laporan Astro AWANI. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan