Skip to main content

Hiburan

Peraduan sulung 'Be A Podcastar' Mediacorp cari bakat jadi hos podcast

Anggaran Waktu Membaca:
Peraduan sulung 'Be A Podcastar' Mediacorp cari bakat jadi hos podcast

Gambar: Mediacorp

Diterbitkan : 22 Jun 2023 02:04PM Dikemas Kini : 17 Aug 2023 05:24PM
SINGAPURA: Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, populariti podcast semakin meningkat dengan rancangan seperti 'The Joe Rogan Experience' dan 'Conan O’Brien Needs A Friend' menguasai corong radio. Jika anda rasa cukup yakin untuk menjadi bintang podcast seterusnya, apa kata anda cuba uji bakat anda dengan menyertai peraduan 'Be A Podcastar' anjuran Mediacorp?

Peraduan podcast yang dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh syarikat media tersebut, berharap dapat mencungkil bakat-bakat baru dan dibuka kepada peserta dalam lingkungan usia 15 hingga 25 tahun.

Pemohon yang berminat boleh menghantar podcast mereka sepanjang lima hingga 10 minit dalam bahasa Inggeris dalam apa pun genre (kandungan asal dan muzik tanpa hak cipta saja) ke laman ini dari 31 Ogos sehingga selewat-lewatnya 30 September 2023.

Bagi merancakkan lagi peraduan mencungkil bakat itu, dua pusingan tambahan diperkenalkan untuk merangsang peserta untuk mencabar daya kreativiti masing-masing.

Sebanyak 10 peserta yang disenarai pendek setelah pusingan pertama, akan dikehendaki untuk menghasilkan dan memuat naik sebuah podcast baharu di platform melisten dan Spotify dan melalui proses penyingkiran di setiap pusingan. Dalam menghasilkan podcast baharu di setiap pusingan, mereka akan berpeluang untuk menerima bimbingan daripada panel pakar podcast dan dibekalkan dengan wang tunai S$200 bagi setiap pusingan untuk membantu menampung kos penerbitan podcast mereka.

Bagi tiga peserta terunggul yang berjaya menempah tempat di pusingan akhir, 60 peratus markah adalah daripada penilaian juri profesional berdasarkan kandungan serta kreativiti, persembahan dan penerbitan. Baki 40 peratus dinilai berdasarkan jumlah pendengar yang diterima.

Pemenangnya akan diumumkan pada Januari tahun depan. Pemenang berpeluang memenangi wang tunai sebanyak S$5,000 dan kerjasama podcast eksklusif dengan Mediacorp serta disiarkan di melisten, khidmat audio digital Mediacorp.

Pemenang tempat kedua dan ketiga pula bakal memenangi wang tunai S$200 setiap seorang. Kesemua tiga pemenang tersebut akan membawa pulang peralatan podcast serta sebuah kerusi permainan OSIM uThrone.

Maklumat lanjut boleh didapatkan menerusi laman
https://www.mediacorp.sg/beapodcastar.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita