Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Peraduan Projek Lagu terima 200 penyertaan; 12 akan disaring untuk rebut S$20,000

Peraduan menulis lagu Melayu itu - yang bermatlamat untuk "memartabatkan bahasa Melayu" dan "menyumbang kepada ekosistem industri muzik tempatan" - akan mula disiarkan 7 Sep ini di Suria dan meWATCH.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Hampir 200 peserta sudah mengirimkan karya mereka kepada Suria bagi peraduan menulis lagu 'Projek Lagu'.

Perkembangan itu didedahkan kepada BERITAmediacorp pada Rabu (4 Ogos) selepas tarikh untuk berbuat demikian ditutup pada 31 Julai.

Projek Lagu, yang akan mula disiarkan bulan depan, adalah sebuah peraduan menulis lagu Melayu yang mengajak "penulis baru dan mapan menyerlahkan daya kreatif mereka dan menonjolkan karya asli mereka melalui pelbagai wadah".

Menurut Suria, peraduan tersebut juga bertujuan untuk menggalak kolaborasi antara bakat tunas dan profesional, selain memartabatkan bahasa Melayu dalam proses penulisan lagu di samping menyumbang kepada ekosistem muzik tempatan.

Daripada hampir 200 kiriman 'demo' atau persembahan yang dikirimkan sebelum tarikh tutup pada 31 Julai lalu, hanya 12 akan disaring untuk mara ke peringkat seterusnya di mana mereka akan cuba menambat hati para penonton untuk merebut hadiah S$20,000.

Pengacara-pengacara Projek Lagu: (Dari kiri) Fatin Amira, Fadli Kamsani dan Lydia Asyiqin (Gambar: Mediacorp)

Pengacara-pengacara Projek Lagu: (Dari kiri) Fatin Amira, Fadli Kamsani dan Lydia Asyiqin (Gambar: Mediacorp)

Berikut adalah format peraduan tersebut:

  1. Peserta membentangkan idea lagu dan menulis/menerbitkan lagu-lagu itu
  2.  Peserta memilih penyanyi dan bekerjasama dengan seorang pengubah lagu
  3. Penyanyi dipilih akan mendendangkan lagu itu, di mana panel juri akan memberi ulasan
  4. Persembahan lagu akan dimuat naik ke laman IGTV Suria, MeWatch dan diputarkan di radio supaya para pendengar dan penonton dapat mengundi, dengan setiap lagu akan diberikan peluang yang sama.

Menurut Suria, penilaian juri akan menyumbang 60 peratus markah manakala undian awam akan menentukan baki 40 peratus.

Peraduan Projek Lagu sepanjang 10 episod yang akan dihoskan oleh Fadli Kamsani, Fatin Amira dan Lydia Asyiqin, bakal disiarkan bermula Selasa, 7 September pada 8.30 malam di Suria dan meWATCH.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan