Skip to main content

Hiburan

Penyiar veteran, Asmah Laili, meninggal dunia pada usia 78 tahun

Veteran dunia penyiaran radio dan televisyen Melayu tempatan, Asmah Laili, meninggal dunia hari ini (15 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Veteran dunia penyiaran radio dan televisyen Melayu tempatan, Asmah Laili, meninggal dunia hari ini (15 Feb).

Allahyarhamha, 78 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar Changi.

Sejak kebelakangan ini, beliau mengalami fibrosis pulmonari iaitu kerosakan pada peparu yang menyebabkan masalah pernafasan serius dan perlu mendapatkan bantuan oksigen tambahan daripada tangki oksigen mudah alih.

Allahyarhamha adalah penyampai berita wanita perintis Mediacorp dan pernah melatih beberapa pembaca berita radio serta televisyen.

Selain Pentas Radio, beliau juga terkenal dengan rancangan Bertutur Bahasa Inggeris yang diterbitkan di radio.

Rancangan tersebut malah juga merupakan salah satu rancangan terbitan radio yang menjadi rancangan pertukaran dengan Stesen Penyiaran Brunei.

Allahyarhamha juga pernah menjadi hos dalam rancangan-rancangan masakan di televisyen saluran Suria seperti Dapur Mami dan Sedap.

Sejak beberapa tahun ini, Allahyarhamha juga bergiat dalam beberapa kerja kemasyarakatan dan kegiatan masjid.

Jenazah Allahyarhamha akan dibawa ke Masjid Ba'alwie esok pagi dan solat jenazah akan diadakan selepas Zuhur.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita