Penyiar Sing! China lancar siasatan selepas klip audio Coco Lee dakwa dirinya dibuli tular

(Gambar: Instagram/cocolee)
Ini diumumkan beberapa hari selepas klip audio, yang dipercayai memaparkan mendiang penyanyi Coco Lee mendakwa beliau dianiaya di Sing! China, menjadi viral.
Lee adalah pengadil musim ketujuh peraduan itu yang disiarkan pada 2022. Beliau meninggal dunia pada 5 Julai tahun ini pada usia 48 tahun, berikutan percubaan membunuh diri beberapa hari sebelum itu.
Dalam kenyataan yang diterbitkan di lamannya, Zhejiang Media Group menyatakan: "Kami sedia maklum Sing! China menghadapi beberapa masalah. Satellite TV Zhejiang mempunyai tanggungjawab untuk mengetatkan penyeliaan rancangannya dan melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah platform penyiaran.
"Sebagai respons kepada isu yang memprihatinkan ini, kami akan menyiasat dan mengesahkannya dengan cara yang bertanggungjawab."
Kontroversi berkenaan tercetus pada 17 Ogos lalu apabila rakaman audio Lee dibocorkan online. Dalam rakaman klip selama sembilan minit itu, seseorang yang dipercayai adalah Lee boleh didengar menangis setelah mendakwa beliau dibuli oleh pengarah Sing! China dan pasukan penerbitannya menyusuli komennya dalam rancangan itu.
Lee naik berang terhadap kakitangan rancangan tersebut pada 2022 kerana menyingkirkan mentinya Zhou Feige. Ini meskipun mentinya telah menerima markah yang lebih tinggi berbanding peserta lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.