Skip to main content

Hiburan

Penyeludupan manusia: Isteri kedua Adi Putra antara yang ditahan

Mahligai pelakon Adi Putra yang baru dibina dengan isteri keduanya dipukul badai, selepas berita perkahwinan itu tersebar luas.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyeludupan manusia: Isteri kedua Adi Putra antara yang ditahan

Adi Putra. (Gambar: Instagram Adi Putra)

Diterbitkan : 28 Jul 2016 10:37PM Dikemas Kini : 28 Jul 2016 10:47PM

MALAYSIA: Mahligai pelakon Adi Putra yang baru dibina dengan isteri keduanya dipukul badai, selepas berita perkahwinan itu tersebar luas.

Terbaru, isteri kedua beliau, Nor Shahida Zolkifly dipercayai adalah antara 15 kakitangan Imigresen yang ditahan pada petang Selasa (26 Jul).

Menurut laporan Astro Gempak Nor Shahida ditahan sekitar pukul 4.30 petang di pejabatnya dalam satu operasi khas.

Penangkapan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu adalah bagi membantu siasatan berkaitan sindiket penyeludupan manusia, menurut laporan akhbar Berita Harian Malaysia.

Menurut laporan tersebut lagi, para pegawai imigresen tersebut dipercayai membantu menguruskan dokumen bagi memudahkan kemasukan warga asing ke Malaysia.

Malah siasatan awal mendapati, seorang suspek wanita disyaki bekerjasama menyeludup manusia ke negara itu dengan bantuan beberapa pegawai lain.

Wanita tersebut juga dipercayai antara pegawai yang berurusan secara langsung dengan ejen sindiket dan memperoleh keuntungan yang besar menerusi kegiatan haram itu, lapor Berita Harian Malaysia.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita