Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Yonnyboii, Ernie Zakri, Syamel antara pemenang AIM23

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Yonnyboii, Ernie Zakri, Syamel antara pemenang AIM23

Penyanyi Yonnyboii. (Gambar: @yonnyboii/Instagram)

KUALA LUMPUR: Album Yonny (Deluxe Version) nyanyian penyanyi Yonnyboii dinobatkan sebagai Album Terbaik sekali gus melayakkan pemenangnya menerima Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik bernilai RM200,000 (S$62,160) pada Anugerah Industri Muzik edisi ke-23 (AIM23) yang melabuhkan tirainya pada Ahad malam (11 Sep).

Sementara itu, Lagu "Goodbye Hello" nyanyian pasangan suami isteri terkenal, Syamel dan Ernie Zakrie pula dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, menurut laporan Malaysiakini.

Lagu itu mendapat sentuhan kedua-dua penyanyi tersebut serta komposer dan penulis lirik Faizal Tahir dan Mike Chan.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan kedua-dua pemenang berkenaan membawa pulang DKD berjumlah RM50,000 (S$15,540).

Selain itu, Ernie dan Syamel juga memenangi Lagu Pop Terbaik menerusi lagu sama.

Ernie juga memenangi persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) melalui lagu "Sinar Mata Hati".

Bagi pemenang Artis Baru Terbaik, anugerah itu menjadi milik Vanessa Reynauld yang tercalon menerusi lagu "Buat Ku Sempurna". Kemenangan itu juga melayakkannya membawa pulang DKD RM50,000 (S$15,540), lapor Malaysiakini.

Untuk Video Muzik Terbaik, dimenangi oleh lagu "Gatal" melalui nyanyian Janna Nick. Janna, membawa pulang DKD RM20,000 (S$6,216).

Sementara itu, Dayang Nurfaizah yang diramal mendominasi AIM23, berjaya membawa pulang tiga anugerah melalui Rakaman Lagu Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu "Tudung Periuk".
Penyanyi kelahiran Sarawak itu juga memenangi Rakaman Album Terbaik melalui lagu "Belagu".

Sebelum ini, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur mengumumkan buat julung-julung kalinya bahawa empat pemenang kategori terbaik AIM23 diumumkan bakal menerima DKD Industri Muzik.
Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim berkata bahawa inisiatif itu diberikan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) untuk pemenang bagi kategori Artis Baru Terbaik, Video Muzik Terbaik, Lagu Terbaik dan Album Terbaik, sebagai satu bentuk galakan dan insentif kepada para penggiat industri muzik.

Pemenang Anugerah Sri Wirama pula diberikan kepada Tan Su Loke. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa dengan diiringi Encik Rosmin. Encik Su Loke merupakan antara individu terpenting di sebalik kejayaan penyanyi-penyanyi seperti Siti Nurhaliza.

AIM23 berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria bermula jam 9 malam pada Ahad.

Seramai 113 juri terbabit dalam penilaian untuk 21 kategori. Setiap kategori diadili tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing, lapor Malaysiakini.

Berikut adalah senarai pemenang keseluruhan:

Album Terbaik
Yonny (Deluxe Version) - Yonnyboii

Lagu Terbaik
Goodbye Hello (Syamel dan Ernie Zakri)

Artis Baru Terbaik
Vanessa Reynauld (Buat Ku Sempurna)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Arddley Nicholas (Pilu)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Ernie Zakri (Sinar Mata Hati)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
VE (Tunggu)

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia)

Kulit Album Terbaik
Adat Kasih (Zeha Salleh)

Rakaman Lagu Terbaik
Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah)

Rakaman Album Terbaik
Belagu Dayang Nurfaizah

Video Muzik Terbaik
Gatal (Janna Nick)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Adat Kasih (Zeha Salleh)

Lagu Nasyid Terbaik
Thank You Allah (Alyah ft Cat Farish dan Haris)

Runut Bunyi OST Terbaik Di Dalam Filem/Drama
Bahagiakan Dia (Shila Amzah dan Liza Hanim)

Lagu Rock Terbaik
Tugu Ugut (Sekumpulan Orang Gila)

Lagu Pop Terbaik
Goodbye Hello (Syamel dan Ernie Zakri)

Lagu R&B/Hip Hop Terbaik
Ciao (Joe Flizzow)

Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik
Fun, Lust, Love (Late Night Frequency)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Game Of Charades (Sophia Zuhri)

Lagu Cina Tempatan Terbaik
Wu Ren Qian Shou De Xin Fu (Uriah)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik (Artis Luar Negara)
Tak Ingin Usai (Keisya Levronka)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah)

Pemenang Anugerah Sri Wirama
Tan Su Loke
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan