Skip to main content

Hiburan

Penyanyi veteran Malaysia Awie bakal adakan konsert di SG pada Julai

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi veteran Malaysia Awie bakal adakan konsert di SG pada Julai

Gambar: awieofficial/Instagram

SINGAPURA: Ini peluang terakhir bagi para peminat penyanyi rok Malaysia Awie untuk menyaksikan pemuzik lagenda itu membuat persembahan solo terakhirnya di Singapura. Konsert tersebut dijangka diadakan di The Star Theatre pada 27 Julai nanti.

Berjudul 'Awie Solitario Journey', konsert tersebut bakal menampilkan penyanyi dan pelakon tersebut mendendangkan lagi-lagu hit daripada album solonya, di samping mengajak para penonton menyusuri kisah silam serta memori sepanjang kerjayanya sebagai seorang anak seni berdekad-dekad lamanya itu.
Tiket bagi konsert 'Awie Solitario Journey' kini boleh dibeli menerusi Sistic, pada harga antara S$68 dengan S$258. Mereka yang membeli tiket pada harga S$258 pula berpeluang untuk menghadiri sesi 'Meet and Greet' dengan Awie, dan akan membawa pulang beg tote edisi terhad, sekeping poster serta lanyard dan pas acara.

Awie, yang merupakan penyanyi utama kugiran rock Wings, berkata dalam satu wawancara dengan media Malaysia pada April lalu bahawa konsertnya pada 3 Ogos di World Trade Centre Kuala Lumpur akan menandakan berakhirnya kerjaya solo beliau.

"Bersama Wings, kami letak tempoh sembilan tahun lagi sebelum berehat," ujarnya kepada akhbar Malaysia Berita Harian.

Kugiran Wings bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-40 pada 2025.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita