Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi terkenal era 1980-an Aman Shah meninggal dunia pada usia 68 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar pukul 2.00 petang Rabu (14 Sep). 

Berita duka itu disahkan oleh anak sulung Allahyarham, Hadzly kepada Astro AWANI. 

Kata Encik Hadzly, buat masa ini, jenazah bapanya masih berada di IJN dan akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras sebaik selesai dimandi dan dikafankan.

"Insya-Allah jika tiada aral jenazah ayah saya akan dikebumikan sebelum solat Maghrib," kata Encik Hadzly kepada Astro AWANI. 

Allahyarham Aman Shah yang berusia 68 tahun pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari.

Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan