Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Sissy Iman batalkan hasrat lancar album, tukar jadi derma

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Sissy Iman batalkan hasrat lancar album, tukar jadi derma

(Gambar: Instagram/sissyimann)

KUALA LUMPUR: Menyusuli insiden di pentas sebuah rancangan nyanyian pada Ahad malam (22 Jan), penyanyi Sissy Iman nekad untuk melepaskan album yang dibuatnya sebagai derma.

Perancangan Sissy untuk melancarkan album terbabit yang dijadualkan pada 2 Februari nanti turut juga lebur.

"2/2/2023 adalah hari yang sepatutnya saya keluarkan barangan rasmi untuk album yang saya rakamkan tahun lepas di Abbey Road."

"CD fizikal dah dicetak, kita tengah cetak cawan, kemeja t dan beberapa barangan yang lain. Kita siap rancang nak kumpul rakan-rakan media dan kawan-kawan rapat untuk adakan sidang media untuk berkongsi album yang Sissy usahakan dengan penuh rasa kasih sayang."
"Tuhan sahaja yang tahu betapa ghairahnya saya tapi keghairahan itu mungkin dah lenyap sekarang ini," katanya, lapor Astro Gempak.

Hasrat Sissy untuk menjual cenderamata istimewa itu serendah RM50 (S$15) juga terpaksa dilupakan dan beliau menukarkan ia sebagai derma ikhlas kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya.

"Pagi tadi bangun, bila nampak CD ni Sissy rasa tak boleh tengok. Asalnya Sissy nak jual RM50 (S$15). Itu pun tak pulang modal apa pun, apatah lagi nak untung."

"Album ni memang telan banyak sangat kos dan semua Sissy tanggung sendiri atas duit cari makan selama hampir 10 tahun merangkak dalam industri. Tapi saya rasa saya langsung tidak boleh memandangnya tanpa rasa sedih jadi saya melepaskan album sebagai derma saja."

"Derma bermula pada harga RM20 (S$6). Sissy minta maaf sebab kena letak harga untuk Sissy tampung sebahagian kos percetakan dan pos saja. Jika korang berminat klik pautan di bio Sissy ya. Terima kasih, semoga Allah rahmati anda semua," ujarnya, lapor Astro Gempak.

Pada Ahad lalu, Sissy gagal menahan sebak hingga menangis ketika penyanyi dangdut Mas Idayu memberi komen selepas beliau dan pasangannya Naim Daniel membuat persembahan lagu Hael Husaini 'Jampi' dalam versi keroncong.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan