Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Shila Amzah, Ubai selamat bertunang

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Shila Amzah, Ubai selamat bertunang

Gambar: shahilaamzah/Instagram

KUALA LUMPUR: Teka teki hubungan antara penyanyi Malaysia Shila Amzah, 33 tahun, dan pempengaruh media sosial, Ubai MZ, 25 tahun, terjawab apabila pasangan itu melangsungkan pertunangan, pada Sabtu (27 Mei).

Berita itu dikongsi Ubai menerusi hantaran foto di Instagram (IG), yang memaparkannya dan Shila mengenakan busana dengan rona ungu, sambil duduk atas pelamin.

Tanpa memperincikan butiran dengan lebih lanjut, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli hanya memuat naik catatan ringkas yang memberi gambaran majlis pertunangan berjalan lancar.

"Alhamdulillah," tulis Ubai ringkas dengan disertakan emoji sebentuk cincin, lapor agensi berita BH Online.

Sementara itu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah meluahkan rasa syukur apabila status Ubai yang sebelum ini hanya teman lelaki kini berubah menjadi tunang.

Shila menerusi hantaran dalam IG turut berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam mempersiapkan majlis pertunangan itu, menurut BH Online.

Malah, penyanyi lagu Patah Seribu itu berharap mereka diberi kekuatan untuk mendepani cabaran ketika dalam fasa pertunangan.

"Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan kancar. Terlebih terkurang dari pihak keluarga Sha (panggilan Shila), kami minta maaf.

"Terima kasih buat semua yang mendoakan kami. Semoga kami kuat menghadapi segala apa yang mendatang," tulis Shila, dipetik daripada laporan BH Online.

Sebelum ini, pasangan tersebut mengaku bercinta menerusi sesi siaran langsung aplikasi TikTok.

Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan