Penyanyi Shidee ditahan gara-gara pukul abang ipar akibat perselisihan faham
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
KUALA LUMPUR: "Ya, Shidee adalah individu yang ditahan polis semalam," kata pengurus peribadi kepada penyanyi popular era 1980-an, Shidee iaitu Efeendy R Azmi mengesahkan mengenai penahanan penyanyi itu yang didakwa memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak, pada Ahad (24 Mac).
Efeendy ketika dihubungi berkata, buat masa ini, dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung penahanan Shidee.
"Saya mohon maaf. Sekarang saya berada di Thailand atas urusan kerja. Namun, saya sudah berhubung dengan keluarga Shidee bagi mengetahui insiden yang berlaku.
"Bagaimanapun, saya tidak boleh berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian kerana masih dalam proses siasatan polis," katanya, dipetik daripada agensi berita Harian Metro.
Menurut Efeendy, dia berharap orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung tangkapan dibuat ke atas penyanyi yang popular dengan lagu 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat' itu.
"Saya mohon orang luar tak buat spekulasi kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
"Biarlah pihak berkuasa melengkapkan siasatan berhubung kes ini terlebih dahulu," katanya, lapor Harian Metro.
Sebelum ini, polis menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya selepas berlaku perselisihan faham.
Menerusi kenyataan dikeluarkan, penyanyi itu direman empat hari bermula Isnin hingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan, menurut Harian Metro.
Difahamkan, kejadian berlaku di rumah ibu mertua suspek dan mereka sudah beberapa kali bergaduh akibat perselisihan faham keluarga, namun kali ini lebih teruk.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.