Skip to main content

Hiburan

Penyanyi Shahir AF selamat bergelar suami dengan sekali lafaz

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Shahir AF selamat bergelar suami dengan sekali lafaz

Penyanyi Shahir AF selamat diijabkabulkan dengan Jaskin Jaludin pada 2 Sept. (Gambar: @erdinabibiofficial01/Instagram)

Diterbitkan : 03 Sep 2022 12:15PM
KUALA LUMPUR: Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi Shahir AF selamat diijabkabulkan dengan Jaskin Jaludin, 30 tahun di sebuah majlis yang berlangsung di Dewan Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang Jaya, Selangor tepat jam 9.10 malam pada Jumaat (2 Sep).

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Jaludin Nongche, yang disaksikan oleh jurunikah Muhammad Hakimi Mustapai, lapor Astro Gempak.

Pengantin perempuan yang berasal dari Sabah, menerima RM300 (S$94) sebagai mas kahwin dan wang hantaran sebanyak RM20,000 (S$6,248) daripada pihak Shahir atau nama penuhnya Ahmad Shahir Zawawi, 34 tahun.

Selain itu, pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran kepada pihak pengantin perempuan dan turut dibalas dengan tujuh dulang oleh pihak Jaskin.

Penyanyi lagu "Dia Yang Kau Pilih" itu bersyukur akhirnya akad nikahnya berjalan lancar.

Pasangan itu berkenalan pada Mei sebelum bertunang pada Julai lalu di kediaman Jaskin di Tawau, Sabah.

Shahir dan Jaskin berkenalan dan mengenali satu sama lain selama empat bulan sebelum mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini bakal diraikan dalam satu majlis resepsi pada Sabtu (4 Sep) di lokasi yang sama, menurut Astro Gempak. Ia bakal dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita