Penyanyi Shahir AF hanya dedah identiti bakal isteri semasa akad nikah pada 2 Sep
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: @shahirzawawi88/instagram)
KUALA LUMPUR: Penyanyi Shahir AF mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya pada Jumaat (2 Sep) di Subang Jaya, Selangor.
Masih merahsiakan gerangan tunangnya, Shahir AF atau nama penuhnya Ahmad Shahir Zawawi, 33 tahun, berkata dia bakal mendedahkan identiti bakal isterinya pada majlis pernikahan mereka nanti.
“Nak ke fasa baru ini sudah tentu tanggungjawab pun lebih besar kerana ia satu fasa perubahan dalam hidup…sudah tentu saya berdebar."
“Mengenai siapa bakal isteri saya biarlah tunggu majlis nikah nanti. Dia orang biasa yang berlainan bidang dengan saya dan baru berumur 30 tahun."
“Dia berasal dari Tawau, Sabah dan kami juga bertunang di sana. Namun dia menetap di sini,” katanya kepada Astro Gempak.
Shahir berkongsi mengenai persiapan akhir sebelum bergelar suami pada Jumaat ini ketika dihubungi oleh Astro Gempak.
Berkongsi mengenai detik perkenalan mereka, Shahir memberitahu mereka hanya mengambil masa yang singkat sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
“Kami mula berkenalan pada Mei baru-baru ini iaitu selepas Aidilfitri. Tak sangka perkenalan kami dipermudahkan kerana masing-masing sedang mencari pasangan hidup."
“Kami tidak mengambil masa yang lama mungkin juga kerana faktor usia. Di awal perkenalan lagi dia sudah mengajak saya mengambil kursus kahwin untuk melihat betapa saya serius dengan hubungan kami,” katanya lagi, dipetik daripada Astro Gempak.
Shahir dan bakal isteri melangsungkan pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman tunangnya di Tawau, Sabah.
Shahir bakal melancarkan single terbaru iaitu lagu ciptaan dia sepenuhnya buat bakal isteri yang akan dinyanyikan di hari persandingan mereka pada Sabtu (3 Sept).

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.