Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Rohana Jalil sudah keluar ICU

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Rohana Jalil sudah keluar ICU

(Gambar: Rohana Jalil/Facebook)

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Rohana Jalil yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semakin menunjukkan perkembangan positif.

Penghibur yang sangat masyhur dengan lagu 'Rayuanku' itu juga sudah dipindahkan ke wad biasa, namun masih dalam pemantauan rapi oleh doktor.

Perkembangan terkini Rohana dikongsi rakan seperjuangannya, Haiza dengan Astro Awani. 

Menurut Haiza, melalui berita yang dikongsi kaum keluarga dan rakan-rakan lain, Rohana sudah memberikan maklum balas yang sangat baik.

Haiza yang berkesempatan menziarahi penyanyi veteran yang dihormatinya itu pada 6 Syawal lalu berkata, pada pertemuan singkat itu, kedua-dua mereka saling berbual banyak perkara.

“Alhamdulillah, saya gembira dan bersyukur melihat Kak Ana (panggilan buat Rohana) tempoh hari. Beliau mempunyai semangat yang sangat kuat untuk kembali pulih seperti biasa.

“Bahkan, Kak Ana bersungguh-sungguh memberitahu saya dia mahu cepat sembuh dan kembali pulang ke rumah untuk bersama keluarga,” kata Haiza, dipetik Astro Awani. 

Sehubungan itu, penyanyi lagu 'Dag Dig Dug' itu mengajak seluruh peminat untuk sama-sama mendoakan agar segala urusan rawatan Rohana dipermudahkan dan diberi kesembuhan segera.

Media sebelum ini melaporkan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil, 68 tahun, dimasukkan ke hospital itu pada 18 April lalu kerana mengalami kebocoran usus.

Juara Bintang RTM 1980 itu menerima kehadiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berkesempatan menziarahinya pada 23 April lalu.

Sumber : Agensi berita/SS/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan