Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi rock Rahim Maarof sudah sedar dari koma

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi rock Rahim Maarof  sudah sedar dari koma

(Gambar: Instagram/Rahim Maarof)

Diterbitkan : 02 Apr 2023 06:23PM Dikemas Kini : 02 Apr 2023 09:24PM
KUALA LUMPUR: Penyanyi rock legenda, Rahim Maarof dilaporkan sudah sedar dari koma selepas ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh, Selangor akibat angin ahmar.

Disahkan oleh anak sepupunya, Nik Nazira Narriman yang juga isteri kepada penyanyi Yonnyboii, penyanyi berusia 68 tahun itu dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu, lapor agensi berita Astro Awani.

Menerusi kiriman di WhatsApp, penyanyi terkenal dengan lagu malar segar antaranya 'Cinta Kristal' dan 'Istana Menanti' itu dilaporkan berdepan dengan masalah darah tinggi.

“Untuk pengetahuan sepupu yang dikasihi, Rahim sekarang sudah sedar. Doktor kata Rahim tidak kena strok.

“Dia ada darah tinggi. Semoga Allah sembuhkan segala penyakit adinda Rahim Maarof adik Kak Rah. Amin YRA,” menurut kiriman mesej, dipetik oleh Astro Awani.

Sebelum ini, Rahim dilaporkan tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan pada Jumaat lalu (31 Mac).

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian di Facebook, sepupu Rahim yang dikenali sebagai Lydia turut memaklumkan khabar tersebut serta meminta doa daripada para peminat.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan