Penyanyi R&B Ne-Yo tambah hari kedua bagi konsert di SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Leon Bennett)
SINGAPURA: Perminat yang terlepas membeli tiket konsert Ne-Yo di Singapura kini mempunyai peluang kedua.
Penyanyi R&B itu, yang nama sebenarnya adalah Shaffer Chimere Smith, menambah persembahan baharu bagi konsertnya di negara ini, dalam jelajah "Champagne & Roses".
Beliau akan mengadakan persembahan di Star Theater pada 6 dan 7 November.
Konsert terakhirnya di Singapura adalah pada Mei 2023.
Tiket bagi persembahan Ne-Yo berharga antara S$88 dan S$258, dan boleh dibeli melalui Sistic mulai Rabu (10 Jul), pukul 10.00 pagi.
Pemegang tiket Diamond layak menerima poster VIP, lanyard dan kad acara.
Sepanjang kerjayanya yang menjangkau lebih dua dekad, Ne-Yo menerbitkan beberapa lagu hit yang menduduki carta teratas dunia.
Ini termasuk 'So Sick' dan 'Miss Independent', yang berjaya mendapatkannya dua Anugerah Grammy pada 2009.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.