Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi rap Nico meninggal dunia dalam tidur

Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G, Nico, meninggal dunia dalam tidurnya di Kampung Baru Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11.00 malam Jumaat (4 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi rap Nico meninggal dunia dalam tidur

Penyanyi rap Nico meninggal dunia dalam tidur. (Gambar: Sinar Harian)

Diterbitkan : 05 Apr 2025 11:51AM Dikemas Kini : 05 Apr 2025 11:52AM
Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G, Nico, meninggal dunia dalam tidurnya di Kampung Baru Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11.00 malam Jumaat (4 Apr).

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, Allahyarham Nico atau nama sebenarnya, Abdul Fashah Abdul Aziz disahkan oleh bekas pengurusnya, Ayob Abd Majid.

Menurut Encik Ayob, beliau mendapat panggilan kira-kira jam 11.15 malam memberitahu arwah sudah meninggal dunia.

"Saya diberitahu arwah singgah ke rumah rakannya di Kampung Baru selepas membawa Grab untuk berehat sekejap," Encik Ayob memberitahu Berita Harian Malaysia.

"Sudah menjadi kebiasaan, arwah akan singgah ke Kampung Baru, walaupun tinggal di Cheras.

"Bagaimanapun, arwah sudah tidak bergerak ketika rakan cuba mengejutkannya. Jenazah arwah kini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat," katanya kepada BH Online.

Mengulas punca kematian, Ayob berkata, dia tidak pasti, namun keluarga meminta menunggu keputusan proses bedah siasat, pagi ini (5 Apr).

Nico mencipta populariti bersama kumpulan Nico pada awal 1990-an yang turut dibarisi Affa dan Dino.

Mereka pada asalnya menggunakan nama Nico atau Network International Chicanos Organization dan dikenali menerusi lagu Inilah Nasibku pada 1993.

Bermula dengan album Buatan Los Angeles, trio itu juga pernah tampil bersama Realiti pada 1995 dan Alamak! (1996).

Nico pernah kembali pada 2003 menerusi Ops Kecoh bersama ahli baharu, Ezad.

Selepas sekian lama menyepi, Nico muncul semula dengan barisan anggota asal bersama nama baharu, Nico G sebagai projek penjenamaan semula kumpulan mereka.
Sumber : Agensi berita/NK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan