Skip to main content

Hiburan

Penyanyi rap Macklemore lancar konsert jelajah 'Free Palestine' selepas digugur daripada konsert Ed Sheeran

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi rap Macklemore lancar konsert jelajah 'Free Palestine' selepas digugur daripada konsert Ed Sheeran

Penyanyi rap, penyanyi, penari dan DJ Amerika Syarikat Benjamin Haggerty, yang dikenali sebagai Macklemore, membuat persembahan di Festival Rap Goldencoast di Corcelles-les-Monts, berhampiran Dijon, timur-tengah Perancis, pada 30 Ogos 2026. (Gambar: Arnaud Finistre/AFP)

Diterbitkan : 27 Oct 2026 10:24AM
Rapper Macklemore launches ‘Free Palestine’ tour after being dropped from Ed Sheeran tour
  • Macklemore began the Free Palestine Tour at 3Arena in Dublin on Monday, 26 October, after organisers dropped him from Ed Sheeran’s tour in the United States.
  • The decision followed his chants of “Free Palestine” and his statement that Palestinians had not been forgotten; Sheeran said the organisers, not him, had made the decision.
  • Four artists, including Finneas, also withdrew in solidarity, while Sheeran later described the situation in Gaza as indefensible and unbalanced.
  • Dublin fans praised Macklemore’s stance and rejected the censorship of artists; the tour, which includes London and Paris and plans for concerts in the United States, will donate all proceeds to pro-Palestinian organisations.
Dijana oleh AI
DUBLIN: Penyanyi rap Amerika Syarikat Macklemore pada Isnin (26 Okt) memulakan konsert jelajah 'Free Palestine Tour' di Dublin, Ireland, selepas digugurkan sebagai artis bagi konsert penyanyi pop Britain Ed Sheeran menyusuli kenyataannya yang menyokong Palestin.

Para peminat yang beratur di luar lokasi konsert pertama di ibu kota Ireland itu, yang menurut pihak penganjur sudah habis dijual, memuji pendirian penyanyi berusia 43 tahun tersebut.

“Sokongan Macklemore terhadap Palestin sangat besar maknanya. Beliau berani tampil dan mempertaruhkan dirinya sendiri, dan bukannya memilih jalan mudah,” kata Michael Keating, 31 tahun, yang bekerja dalam bidang insurans, kepada AFP.

“Beliau mempertaruhkan populariti, masa depan dan masa depan keluarganya - semuanya demi keamanan. Itu sangat penting.”

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Thrift Shop' itu digugurkan daripada konsert jelajah Ed Sheeran di Amerika Syarikat selepas melaungkan 'Free Palestine!' di atas pentas dan memberitahu rakyat Palestin bahawa mereka “tidak dilupakan”.

Sheeran berkata keputusan menggugurkan Macklemore dibuat oleh penganjur konsert jelajah dan bukan dirinya, namun perkara itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pemuzik dan aktivis pro-Palestin.

“Amerika Syarikat sepatutnya menjadi negara yang menjunjung kebebasan bersuara, tetapi sebaliknya orang ramai disekat daripada bersuara. (Sheeran) sepatutnya mempertahankan apa yang dilakukan Macklemore,” kata Grainne Healy, seorang pesara berusia 60 tahun yang menghadiri konsert di Dublin bersama bekas rakan sekolahnya.

Empat lagi artis termasuk penyanyi Amerika Syarikat Finneas, turut menarik diri daripada konsert jelajah Sheeran sebagai tanda solidariti bersama Macklemore.

Sheeran kemudian bersuara mengenai keadaan di Gaza semasa konsert di Philadelphia dengan menyifatkannya sebagai “tidak dapat dipertahankan dan tidak seimbang”.

Bulan lalu, Macklemore mengumumkan 'Free Palestine Tour', dengan persembahan di London dan Paris pada akhir Oktober serta beberapa konsert di Amerika Syarikat yang turut dirancang.

Beliau berkata semua hasil daripada jelajah itu akan disalurkan kepada pertubuhan pro-Palestin.

Di luar 3Arena di Dublin, para peniaga menjual bendera gabungan Ireland-Palestin, topi dengan tulisan 'Free Palestine' dan selendang keffiyeh bercorak Palestin kepada para peminat.

“Sejak (Macklemore) mula bersuara mengenai Palestin, kami semakin menyukainya,” kata seorang peminat, Freya Dorrity, pelajar berusia 18 tahun.

Maria Liddy, 40 tahun, yang memakai selendang keffiyeh merah putih bercorak Palestin, berkata beliau hadir “untuk menunjukkan solidariti” dengan rakyat Palestin sambil menambah bahawa “artis tidak seharusnya ditapis dalam apa jua keadaan”.

 
Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita