Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi & penulis lagu Amerika Jimmy Buffett meninggal dunia pada usia 76 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi & penulis lagu Amerika Jimmy Buffett meninggal dunia pada usia 76 tahun

Gambar: Reuters/Brendan Mcdermid

CALIFORNIA: Penyanyi dan penulis lagu Amerika Jimmy Buffett telah meninggal dunia pada usia 76 tahun pada Sabtu malam (1 Sep).

Laman web penggiat seni itu tidak menyebut tentang punca kematiannya.

Namun sepanjang beberapa bulan lalu, Buffett telah membatalkan persembahan-persembahannya disebabkan oleh masalah kesihatan.

Sepanjang kerjaya muzik Buffet, beliau pernah dicalonkan bagi dua anugerah Grammy dan diiktiraf sebagai pemenang sebilangan Anugerah Muzik 'Country'. Beliau giat mengembangkan namanya pada tahun 1970-an, sedang beliau memperkenalkan lagu-lagunya yang bergenre 'folk-country' di merata Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengeluarkan satu kenyataan berhubung pemergian Buffett.

Beliau menyifatkan mendiang sebagai seorang "penyair yang hebat".
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan