Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi & penggubah lagu SG Daina Ariffin cipta 'Mirage' bagi album terbaharu kumpulan Jepun MiSaMo

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi & penggubah lagu SG Daina Ariffin cipta 'Mirage' bagi album terbaharu kumpulan Jepun MiSaMo

Daina Ariffin (kiri) menggubah lagu dalam album Haute Couture oleh Misamo (kanan), unit Jepun bagu kumpulan popular K-pop Twice. (Gambar: Instagram/dainasaurs, jypetwice_japan)

SINGAPURA: Pada 6 November, unit Jepun bagi kumpulan wanita popular K-Pop Twice, akan mengeluarkan album mini kedua yang dinamakan Haute Couture.

Bergantung kepada varian album yang dibeli, Haute Couture akan mengandungi sehingga 10 lagu - dengan ada yang dinyanyikan secara solo oleh ahli-ahli MiSaMo; Mina, Sana dan Momo.

Namun, jika anda mengkaji pengiktirafan bagi lagu 'Mirage' yang dinyanyikan oleh Sana, anda akan mendapati bahawa ia digubah bersama seorang yang bernama Dainasaurs, nama pentas yang digunakan oleh seorang penyanyi dan penggubah lagu rakyat Singapura, Daina Ariffin.

Jadi bagaimana peminat K-pop dari Singapura ini berjaya meraih peluang bekerja dengan salah satu kumpulan wanita yang paling terkenal pada zaman ini?

Mediacorp bertemu dengan belia berusia 24 tahun itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut pengalaman menariknya itu.

Perjalanan Daina bermula pada musim pandemik COVID-19. Beliau berkongsi bagaimana beliau memuat naik beberapa 'cover' lagu - seperti lagu Heather nyanyian asal penyanyi Amerika Syarikat Conan Gray - ke halaman YouTubenya sepanjang 2020.

Kreativiti Dania turut menyerlah menerusi akaun Instagram dan YouTubenya. Selain menyanyikan lagu, Daina turut membawakan lagu-lagu popular K-Pop - seperti Super Shy oleh kumpulan New Jeans atau Easy oleh Le Sserafim - dalam bahasa lain seperti Inggeris dan Melayu.

Ternyata, karyanya menarik perhatian ramai, termasuk beberapa pengarah yang menghubunginya untuk bekerjasama.

"Saya diundang ke kem menggubah lagu online, di mana saya dimasukkan ke sesi-sesi bersama penerbit dan penulis lagu antarabangsa. Kem-kem sebegini disasarkan untuk menulis lagu bagi pasaran di Asia dan kebanyakan permintaan meminta lagu-lagu yang mengikut gaya K-Pop."

Daina, yang merupakan seorang peminat K-pop, berkata bahawa penulisan lagu sebegitu "tidak janggal" baginya.

Melalui kem-kem penulisan lagu sebegitu, Dania malah bertemu dengan beberapa rakan usaha sama "yang kemudian memperkenalkannya kepada rakan usaha sama mereka yang lain".

"Daripada situ, kami menulis secara berterusan. Begitulah cara saya menerobosi industri menggubah lagu K-pop!"

Empat tahun kemudian, Daina kini mempunyai pelbagai pengiktirafan di bawah namanya, termasuk lagu Laffy Taffy oleh kumpulan Primrose dan Second Sparkle oleh kumpulan idola Jepun Liella. Beliau turut bekerjasama beberapa kumpulan serantau lain seperti kumpulan wanita Thailand Mxfruit dan penyanyi solo Indonesia Gabreilla Ekaputri.

Meskipun begitu, Daina masih bekerja sepenuh masa dalam bidang pemasaran - sambil memastikan bahawa beliau masih mempunyai masa selepas kerja dan pada hujung minggu untuk menggubah lagu.

Album Haute Couture merupakan album susulan MiSaMo yangamat dinanti-nantikan selepas album Masterpiece pada 2023. Menurut Oricon Music Jepun, Masterpiece merupakan album minggu pertama yang mencatat jualan tertinggi bagi artis wanita pada 2023. Ia kemudian menerima pengiktirafran platinum oleh Persatuan Industri Rakaman Jepun.

Oleh itu, jangkaan bagi Haute Coutre jelas amat tinggi.

Pada 26 September, laman media sosial Jepun Twice memuat naik sorotan awal lagu Mirage, yang memperdengarkan melodinya yang tenang.

Menggubah lagu tersebut di samping Daina adalah penyanyi dan pengarang lagi Sean Michael Alexander, yang turut dikenali sebagai Avenue 52.

Seorang legenda dalam seni muzik K-pop dan J-pop, Alexander pernah menerbit beberapa lagi lagu K-Pop termasuk Heart Shaker oleh Twice, Amigo oleh Shinee dan Lion Heart oleh Girl's Generation.

Mirage merupakan kolaborasi pertama Daina bersama Alexandar dan beliau berkata bahawa gabungan ini "pasti akan mencipta lagu bersama lagi".

Bahkan beliau turut memberi wawasan mengenai proses penghasilan lagu Mirage.

"(Alexander) menghasilkan trek itu dan saya menulis 'topline' ke atasnya - menulis melodi, konsep Inggeris dan lirik (serta) merakam nyanyian demo. Apabila lagu itu dipilih, Sana dan (penyanyi Jepun) Hiyori Nara menulis lirik Jepunnya dan Sana merakamnya!"

Apabila ditanya mengenai perasaannya selepas dapat turut serta dalam pembikinan album Haute Couture, Daina menceritakan kelegaan dan keterujaan beliau.

"Ia berasa seperti masa-masa sehingga lewat malam yang (dihabiskan) untuk menulis, merakam dan mengimbangi sekolah dan muzik, dan kemudian bekerja dan muzik- dan semua jerih payah yang saya hadapi dalam empat tahun yang lalu akhirnya membawa kepada saat ini.

“Yang penting, ia sesuatu yang menakjubkan sekarang kerana saya dapat membuktikan kepada keluarga saya bahawa muzik bukan sekadar hobi untuk saya dan saya adalah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar. Rasa hebat dapat mengharumkan nama Singapura dan Asia Tenggara dalam seni K-pop dan J-pop. Saya berharap dapat membuat para peminat K-pop dan warga Singapura bangga. Mudah-mudahan, ini adalah satu langkah ke arah menjadikan seni muzik Singapura lebih diiktiraf di peringkat antarabangsa!"

Jadi apa langkah seterusnya untuk Daina Ariffin?

Buat masa ini, beliau berharap untuk menghasilkan muziknya sendiri tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, dia juga telah memberi gambaran bagi satu lagi projek besar.

"Saya akan mengeluarkan sebuah lagi lagu dalam masa terdekat ini dengan JYP Entertainment [agensi Twice, Itzy dan Stray Kids]."
Sumber : CNA/AT/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan