Penyanyi nasyid Yasin bebas dari 3 pertuduhan dadah tetapi ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada Rabu (29 Nov) melepas dan membebaskan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
Bagaimanapun, Hakim Faiz Dziyauddin memerintahkan Muhammad Yasin, 48 tahun, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.
Encik Faiz berkata, setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh ada melakukan perbuatan sebagaimana dalam ketiga-ketiga pertuduhan.
“Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa tertuduh dilepas dan dibebaskan dengan alasan semasa kejadian sebagaimana yang didakwa pada 24 Mac 2022, tertuduh berada dalam keadaan mental yang tidak waras walapun tertuduh sedar akan sifat perbuatannya.
“Namun begitu, gejala-gejala ‘mania’ (emosi tidak stabil) yang dialami tertuduh pada masa tersebut menyebabkan kemerosotan kognitif pada tahap teruk sehingga tertuduh tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatan itu adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang.
“Justeru, menurut Seksyen 348 (1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), mahkamah dengan ini memutuskan bahawa tertuduh diletakkan di bawah penjagaan yang selamat di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk tempoh selama mana diperkenankan oleh Sultan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 348(2) KTJ,” katanya.
Muhammad Yasin yang memakai kemeja-T berwarna hitam dilihat memeluk ahli keluarganya selepas keputusan tersebut dijatuhkan.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid' di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada pukul 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 (S$1,430) atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu di kediamannya di Kota Damansara di sini, pada pukul 5.30 petang, pada tarikh yang sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 6B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.