Skip to main content

Iklan

error

  • Could not retrieve the oEmbed resource.

Iklan

Hiburan

Penyanyi Naim Daniel cedera dahi, pecah kuku jari gara-gara main mercun bola

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau! Pelakon dan penyanyi Naim Daniel dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami kecederaan pada dahi dan tapak tangannya akibat bermain mercun bola.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram pada malam Rabu (26 Apr), Naim memberitahu dahi serta tapak tangannya luka selain kuku jari telunjuk tangan kanannya pecah.

"Sakitnya… kuku pecah, see… yang tu isi, terkeluar sikit," katanya sambil menahan sakit, lapor Astro Gempak.

Menurut laporan Astro Gempak, Naim bagaimanapun masih tersenyum dan berjenaka ketika menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik berhampiran kediamannya.

Sejurus pulang daripada menerima rawatan, dalam keadaan berbalut, Naim masih meneruskan aktiviti bermain bunga api bersama rakan-rakannya.

Naim juga dilihat memberikan amaran kepada pengikutnya di Instagram tentang bahaya bermain mercun.

"Jangan main mercun bola please," tulisnya ringkas, dipetik daripada Astro Gempak.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan