Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Malaysia, Noryn Aziz diijabkabul dengan usahawan

Penyanyi terkenal, Noryn Aziz selamat diijabkabul dengan Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara, di sini pada Selasa malam (13 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Malaysia, Noryn Aziz diijabkabul dengan usahawan

(Gambar: Instagram/Shaik Rizal)

Diterbitkan : 14 Oct 2020 11:36AM Dikemas Kini : 14 Oct 2020 11:44AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Noryn Aziz selamat diijabkabul dengan Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara, di sini pada Selasa malam (13 Okt).

Juara program Gegar Vaganza musim kelima itu menikahi usahawan berkenaan dalam suasana norma baharu dan memenuhi prosedur operasi standard, lapor Astro Awani.

Difahamkan pasangan berkenaan memilih bernikah lebih awal berbanding perancangan awal pada 25 Oktober ini ekoran pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

Pasangan berkenaan juga pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis jamuan di sebuah hotel terkemuka pada 1 November ini.

Bagaimanapun, Astro Awani melaporkan rancangan itu terpaksa ditunda pada tarikh baharu sebaik selesai PKPB.

Ini merupakan pernikahan kedua bagi pasangan berkenaan.

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan