Penyanyi Malaysia Azharina dedah hidap penyakit barah
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia Azharina Azhar mendedahkan dia diagnosis menghidap penyakit barah namun hanya dapat mengetahui jenis sel barah yang menyerangnya dalam tempoh dua minggu lagi.
Kata wanita berusia 39 tahun itu, dia sepatutnya menjalani dua pembedahan besar tetapi terpaksa menangguhkannya bagi menyempurnakan beberapa tugasan yang belum selesai, menurut laporan Kosmo!.
“Setakat ini saya belum boleh kongsikan lagi butiran lanjut kerana menunggu keputusan laporan perubatan yang dijangka keluar dalam tempoh terdekat.
“Sepatutnya saya menjalani pembedahan bariatrik minggu depan disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada suka makan.
“Satu lagi pembedahan pula membabitkan penyakit barah, cuma harus tunggu dulu laporan perubatan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharu berjudul Realiti duet bersama Kozae.
Menurut laporan Kosmo!, Azharina, yang turut menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu, mengakui keadaan kesihatannya mengganggu aktiviti harian serta emosi namun sentiasa berfikiran positif.
Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, jika berdepan fasa kesakitan, dia akan melepaskan perasaan sebelum kembali bangkit, lapor Kosmo!.
“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.
“Tetapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja. Apa pun yang terjadi hidup tetap perlu diteruskan," tambahnya.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.