Skip to main content

Hiburan

Penyanyi M'sia Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia

"Bidadari syurga saya pergi buat selamanya," menurut Shuib, suami Siti Sarah, di laman Instagramnya pagi ini (9 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi M'sia Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia

Gambar: Shuib Sepahtu/Instagram

Diterbitkan : 09 Aug 2021 07:53AM Dikemas Kini : 09 Aug 2021 07:56AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Malaysia Siti Sarah Raissuddin, 36 tahun, meninggal dunia pada awal pagi ini (9 Ogos).

Demikian khabar duka yang dimaklumkan, pelawak dan usahawan Shuib, di laman Instagramnya dan dilaporkan media-media Malaysia.

Menurut Astro Awani, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada sekitar 5.00 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di Kuala Lumpur setelah bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat COVID-19.

“5.13 minit pagi, 9 Ogos 2021. Bidadari syurga saya pergi buat selamanya.

“Mohon sedekahkan Al Fatihah. Siti Sarah Raissuddin,” kongsi Shuib di akaun Instagramnya pagi ini.

"Saya baru mendapat maklumat daripada Shuib bahawa Siti Sarah sudah meninggal dunia," kata pengurus penyanyi itu, Nana Mohd Rom kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Dalam pada itu pihak pengurusan penyanyi tersebut, Indigital Music, turut mengeluarkan kenyataan menyampaikan khabar yang sama.

“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” menurut kenyataan seperti dilaporkan Utusan Online.

Siti Sarah dan Shuib sekeluarga positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti penyakit itu.

Penyanyi itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan, dan selamat melakukan demikian pada Jumaat.

Siti Sarah baru-baru ini juga dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2011.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita