Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi M'sia Haqiem Rusli bakal nikah hujung tahun ini

Penyanyi Malaysia, Haqiem Rusli, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya pada hujung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi M'sia Haqiem Rusli bakal nikah hujung tahun ini

Haqiem Rusli. (Gambar: haqiemrusli98_/Instagram)

Diterbitkan : 30 May 2021 03:29PM Dikemas Kini : 30 May 2021 03:39PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia, Haqiem Rusli, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya pada hujung tahun ini.

Menerusi satu sesi live di akaun Instagramnya pada pukul 2.00 pagi tadi, penyanyi lagu Mimpi itu berkata beliau tidak berniat menyembunyikan perkara baik daripada pengetahuan peminat dan ahli kelab peminatnya, Qiemilio.

Bagaimanapun, Haqiem terkejut hampir 99 peratus peminat merestui keputusan yang dibuat, lapor Berita Harian Malaysia. 

Haqiem juga menerusi catatan di akaun Twitter menulis, maklum balas positif dan sesungguhnya, saya sangat gembira", lapor Berita Harian Malaysia.

"Saya tidak tahu bagaimana mendapat kekuatan mahu berkongsi soal mendirikan masjid ini. Tetapi, saya percaya perkara baik tidak boleh disembunyikan.

"Cuma, masih belum ada tarikh tepat mengenai tarikh yang bakal berlangsung, hujung tahun ini. Jujurnya, saya pun sudah menghadiri kursus kahwin, tahun lalu," katanya, seperti yang dipetik oleh BH Online Malaysia.

Ditanya siapakah gadis bertuah yang bakal bergelar suri hidupnya, artis naungan FMC Music itu enggan berkongsi lanjut.

Bagaimanapun, difahamkan, Haqiem mengenali bakal isterinya, sejak dua tahun lalu.

"Siapa calon bakal isteri, biarlah saya umumkan identitinya ketika majlis perkahwinan nanti.

"Saya hanya ingin peminat tahu, saya akan berkahwin, tidak lama lagi. Selebihnya, saya akan kongsi kelak," kata penyanyi berusia 23 tahun itu. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa