Penyanyi legenda Indonesia Bob Tutupoly tutup usia pada 82 tahun
Penyanyi legenda Indonesia, Bobby Williem Tutupoly atau lebih dikenali sebagai Bob Tutupoly menutup usia pada 82 tahun.
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Penyanyi legenda Indonesia, Bobby Williem Tutupoly atau lebih dikenali sebagai Bob Tutupoly menutup usia pada 82 tahun, lapor ANTARA hari ini (5 Jul).
Berita mengenai pemergian pelantun lagu Widuri itu disampaikan oleh rakan pemuzik Addie MS melalui laman Instagram.
"Selamat jalan, Om Bob Tutupoly," tulis Addie di laman Instagram @addiems999 hari ini, seperti dipetik ANTARA.
Kesihatan Bob Tutupoly dikhabarkan merosot sejak beberapa bulan lalu.
Penyanyi Yuni Shara pada pertengahan Mei lalu sempat memuat naik video ke akaun Instagramnya (@yunishara36) yang memperlihatkan kondisi Bob sedang duduk di atas kerusi roda.
"Semangat sehat Oom Bob," tulis Yuni Shara ketika itu.
Pemuzik Stanley Tulung memberitahu ANTARA bahawa jenazah Bob Tutupoly disemadikan di Rumah Duka RS Siloam Semanggi, Jakarta.
Bob Tutupoly lahir di Surabaya, Jawa Timur pada 13 November 1939.
Selain Widuri, penyanyi yang juga dikenali sebagai pelakon dan pengacara itu turut mengeluarkan lagu-lagu hit, antaranya lagu berjudul Tiada Maaf Bagimu dan Lidah Tidak Bertulang.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.