Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi lagenda Indonesia, Titiek Puspa, meninggal dunia pada usia 87 tahun

Seniwati legenda Indonesia, Titiek Puspa, menghembuskan nafas terakhir di Jakarta, sekitar pukul 4.25 petang waktu tempatan, pada Khamis (10 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi lagenda Indonesia, Titiek Puspa, meninggal dunia pada usia 87 tahun

Seniwati Titiek Puspa, atau nama sebenarnya Sudarwati, meninggal dunia pada usia 87 tahun di Rumah Sakit Medistra Jakarta pada 10 April 2025. (Gambar: Instagram)

Diterbitkan : 10 Apr 2025 08:43PM Dikemas Kini : 10 Apr 2025 08:45PM
JAKARTA: Seniwati legenda Indonesia, Titiek Puspa, menghembuskan nafas terakhir di Jakarta, sekitar pukul 4.25 petang waktu tempatan, pada Khamis (10 Apr).

Penyanyi dengan nama sebenar Sudarwati itu meninggal dunia pada usia 87 tahun di Rumah Sakit Medistra Jakarta setelah menjalani prosedur pembedahan berikutan pendarahan otak.

Berita duka pemergian seniwati itu disahkan penyanyi ternama, Krisdayanti, kepada Astro AWANI.

"Ya, benar, Ibu Titiek baru sahaja menutup usia, di sebuah hospital di Jakarta. Saya kini dalam perjalanan mahu menziarahi Allahyarham," ujarnya.

Titiek dikejarkan ke hospital berkenaan pada Mac lalu kerana mengalami komplikasi akibat pembuluh darahnya pecah, lapor Astro AWANI.

Difahamkan, pembedahan itu berjaya. Namun, keadaan kesihatan seniwati tersebut yang masih belum stabil membuatkannya terus menerima rawatan di hospital berkenaan.

Sementara itu, portal berita Detikcom memetik kata anak pertamanya, Petty Tunjungsari, yang mengesahkan khabar pemergian ibunya.

Menurut Petty, kejadian bermula saat Titiek sedang melakukan proses penggambaran bagi satu program televisyen pada 26 Mac lalu, lapor lapor Astro AWANI.

Sepanjang kerjayanya, antara album yang pernah dihasilkan Titiek termasuklah Kisah Hidup (1963), Mama (1964), Kupu-Kupu Malam (1977), Apanya Dong (1982), Horas Kasih (1983) dan Virus Cinta (1997).

Titiek juga pernah aktif berlakon menerusi sinetron dan filem seperti Minah Gadis Dusun (1965), Di Balik Cahaya Gemerlapan (1976), Karminem (1977), Rojali dan Juhela (1980) dan Koboi Sutra Ungu (1982).

Selain itu, dua lagu seniwati Titiek, Kupu-Kupu Malam dan Bing pernah dipilih sebagai lagu Indonesia terbaik sepanjang zaman oleh Rolling Stone Indonesia pada 2009.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan