Penyanyi The Kid Laroi batal konsert jelajah Asia termasuk di SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: thekidlaroi/Instagram
SINGAPURA: Penyanyi rap dari Australia The Kid Laroi membatalkan konsertnya di Asia, termasuk yang dijadualkan diadakan di Singapura, di Dewan 7 Expo, pada 1 November.
Kemas kini tersebut dimaklumkan kepada pemegang tiket oleh Sistic menerusi emel, yang turut menyertakan mesej daripada penyanyi itu.
"Peminat saya adalah segala-galanya bagi saya, dan saya sentiasa komited untuk menyampaikan persembahan dan pengalaman terbaik di setiap persembahan," jelasnya.
Penyanyi berusia 21 tahun itu, yang nama sebenarnya adalah Charlton Kenneth Jeffrey Howard, menambah: "Malangnya, disebabkan perkara di luar kawalan saya, kami terpaksa mengambil keputusan sukar itu untuk membatalkan jelajah Asia tersebut.
"Ini bukan pilihan yang mudah, tetapi saya berjanji saya akan kembali (melakukan jelajah konsert) tidak lama lagi. Saya tidak sabar untuk membuat persembahan dan meraikan dengan anda semua kelak!"

Emel yang sama itu juga menyatakan bahawa bayaran balik penuh tiket akan dibuat dalam satu hingga dua kitaran pengebilan.
Tinjauan di laman Sistic menunjukkan mesej berikut: "Acara ini tidak tersedia buat masa ini".
Tiada kemas kini lanjut dinyatakan di platform media sosial Sistic dan LAMC mahupun akaun media sosial The Kid Laroi.
Khabar mengenai pembatalan konsert The Kid Laroi turut dimaklumkan kepada para peminat di Malaysia melalui emel.
Konsertnya di Kuala Lumpur sebelum ini dijadual berlangsung pada 4 November.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.