Penyanyi K-pop Goo Hara dijumpai mati di rumahnya
Polis mengesahkan bekas anggota kumpulan Kara yang berusia 28 tahun itu ditemui kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan di rumahnya di Seoul semalam (24 Nov).
Goo Hara dijumpai mati di rumahnya pada 24 November 2019. (Gambar: Instagram/koohara__)
SEOUL: Penyanyi K-pop dari Korea Selatan Goo Hara dijumpai mati di rumahnya.
Polis mengesahkan bekas anggota kumpulan Kara yang berusia 28 tahun itu ditemui kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan di rumahnya di Seoul semalam (24 Nov).
Siasatan polis sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian.
Setelah membuat persembahan bersama Kara antara tahun 2008 dengan 2015. Goo memillih untuk memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian solo dan baru sahaja selesai konsert jelajahnya di Jepun.
Pada bulan Mei tahun ini, Goo dijumpai tidak sedarkan diri di rumahnya oleh pengurusnya.
DI MANA ANDA BOLEH DAPAT BANTUAN?
Sekiranya anda berdepan masalah kemurungan atau memerlukan bantuan, berikut adalah nombor-nombor yang boleh anda hubungi:
Talian hotline Samaritans of Singapore: 1800 221 4444
Talian bantuan Institut Kesihatan Mental: 6389 2222
Talian bantuan Persatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800 283 7019
Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan antarabangsa di sini.
Jika anda kenal sesiapa yang berisiko, segera hubungi khidmat-khidmat perubatan kecemasan 24 jam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.